19 June 2017
Beradab, Adab Melayu
Salam,
Hari ini aku nak cerita sikit pasal adab melayu dan beradab. Bila sebut saja adab , mesti kita terus terfikir perkara yang baik. Dalam masyarakat Melayu, adab ini diajar sejak dari kecil lagi. Adab makan, adab dengan orang tua, adab bercakap , adab di rumah ,luar rumah dan lain-lain lagi. Pokoknya bila sebut aje Melayu sudah sinonim dengan adab. Tetapi...adakah adab ini masih ada di zaman sekarang? Adakah masih boleh dikatakan Melayu suatu bangsa yang tinggi adabnya?
Naik cuak membaca media b maya atau media cetak. Sebab, rata-rata terserlah ketiadaan adab Melayu.
Ramadan hari kedua puluh empat Ankara
Salam,
Hari ini Isnin 19.6.2017 bersamaan 24 Ramadan 1438 H. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib 8.28 malam. Sejak malam tadi hujan. Cuaca pagi ini mendung dan hujan renyai-renyai dengan suhu antara 11 hingga 22 darjah.
Masuk sepuluh hari terakhir Ramadan ini terasa cepat mengantuk dan tidur dengan lena tanpa terjaga ditengah malam. bangun untuk sahur pun dengan keadaan penat dan mengantuk. Ini semua dugaan penghujung Ramadan. Lagi berniat untuk lebih beribadat di hari-hari terakhir ini, lagi berat hati dan badan untuk melakukannya.
18 June 2017
Ramadan hari kedua puluh tiga Ankara
Salam,
Hari ini Ahad 18.6.2017 bersamaan 23 Ramadan 1438. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.28 malam. Suhu antara 14 hingga 26 darjah. Cuaca pagi ini mendung .
Hari ini genap sepuluh bulan kami di bumi Ottoman. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Cuma rindu yang sarat, separuh nyawa di Purdue separuh lagi di Putrajaya.
Ramadan hari kedua puluh dua Ankara
Salam,
Hari ini Sabtu 17.6.2017 bersamaan 22 Ramadan 1438. Fajar hari ini pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.27 malam. Suhu hari ini antara 12 hingga 29 darjah. Sebelah petang agak terik.
Berkira-kira dengan persiapan iftar dan raya. Membeli 12 ekor ayam untuk persiapan Iftar Jamaie terakhir pada tahun ini yang jatuh pada hari Sabtu 24.6.2017. Semoga segala persiapan berjalan lancar dengan kudrat yang terhad. Moga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan untuk niat yang murni ini.Amin.
16 June 2017
Baik, Baik-baik
Salam,
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Indahnya orang dulu-dulu berbahasa. marilah sama-sama kita fikr yang baik-baik, cakap yang baik-baik, bersangka yang baik-baik. Insya Allah jika segalanya baik, natijahnya baik-baik belaka. Bersangka baik dengan segala aturan dan perancangan Allah SWT. Tiada yang baik melainkan segalanya baik-baik belaka. Ada hikmah dan rahmah yang tersurat dan tersirat. Jom...amalkan perkara baik, hasilnya mesti baik-baik belaka.
Ramadan hari kedua puluh satu Ankara
Salam,
Hari ini 16.6.2017 Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang berkat, bersamaan hari kedua puluh satu Ramadan 1438H. Suhu hari ini antara 11 hingga 26 darjah. Tidak terlau sejuk dan tidak terlalu panas. Cuaca yang sangat sesuai untuk berpuasa yang panjang. Fajar pada pukul 3.16 pagi dan Maghrib pada pukul 8.27 malam. Ramadan sudah masuk minggu terakhir. Terasa baru semalam berazam untuk meningkatkan dan memperbaiki segala ibadat wajib dan sunat . Masa berlari terlalu pantas. Benarlah sesungguhnya masa tidak menunggu sesiapa, rugilah sesiapa yang tidak menggunakan masa yang ada dengan berhemah.
15 June 2017
Ramadan hari kedua puluh Ankara
Salam,
Hari ini Khamis 15.6.2017 bersamaan 20 Ramadan 1438 H. Cuaca hari ini antara 11 hingga 25 darjah. Fajar pada pukul 3.16 pagi dan masuk waktu maghrib pada pukul 8.27 malam. Hari yang tenang dan mendung. Alhamdulillah syukur diberi kesempatan berpuasa hari kedua puluh. Syukur ya Rabb.
Subscribe to:
Posts (Atom)






