30 June 2010

Shasha



Salam,

Shasha paling takut kena tinggal. Nampak saja kami bersiap-siap dia dah menunggu didepan pintu. Macam mana agaknya kalau kami bercuti nanti.

16 June 2010

Pekena siapa?


Jangan bimbang, lada ni merah aje lebih tapi haram pedas.
Salam,

Ringan tangan menulis pekena siapa dan siapa yang kena. Entahlah kalau suka underestimate orang ni boleh jadi cerita lawak. Berlagak innocent, alih-alih sendiri jadi badut. Sudah membebel tak ketahuan. Akukah pelakon hebat tanpa anugerah itewww..awwww.

15 June 2010

Ingatlah!


Shasha, ahli baru keluarga kami.
Salam,

Allah Taala memberi kita nikmat rezeki tanpa kita minta, terpulang kepada kita untuk menafaatkannya kearah kebaikan atau sebaliknya. Usah kita risau dengan perkara-perkara remeh, jika benar kita dipihak yang benar Allah akan tunjukkan balasannya di dunia lagi.
Ingatlah,buatlah sesuatu perkara itu kerana keikhlasan dan tanggungjawab bukan kerana ACO(apa cakap orang) @ AOK (apa orang kata). Islam telah menyatakan dengan jelas jangan kita menunjuk-nunjuk dalam membuat kebaikan kerana itu mengheret hati dan jiwa kita kepada keangkuhan, ujub dan riak. Sebarkanlah kebaikkan walaupun sepatah ayat.

Hari ini saya ditunjukkan kepada suatu peristiwa yang membenarkan apa yang sentiasa bermain-main difikiran saya, perkara buruk dan pandangan negatif saya terhadap seseorang. Saya berperang dengan hati dan perasaan sendiri, memujuk hati jangan bersangka buruk, jangan membenci dan Allah tunjukkan.

Sebenarnya peristiwa ini ujian buat diri saya, apakah saya bersorak ria dan tersenyum lebar dihati, melihat peristiwa itu? Oh tidak!tidak! Jika saya buat begitu sia-isa segala usaha saya ingin menerapkan sifat-sifat mahmudah didalam hati dan diri ini.

Pengajaran kepada peristiwa ini untuk diri saya ialah yakin dengan janji Allah, jangan kita sibukkan dengan hal-hal keduniaan,kasihani mereka yang rosak jiwanya dan doakan kebaikan untuk semua umat Islam untuk kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.

13 June 2010

Pejabat Pos

Salam,



Inilah rupa bangunan pejabat pos yang terdapat di Moscow. Sesiapa yang berminat hendak berurusan pos mengepos silakan masuk.

Kesiangan

Salam,

Siang yang panjang. Jarak waktu solat Isyak dan Subuh hanya 2jam 54 minit.


Pukul 11.06 malam

Pukul 12.07 tengah malam.

11 June 2010

Sindrom TOC @ AOC



Salam,

Bila dah terkena sindrom TOC @ AOC (Takut Orang Cakap @ Apa Orang Cakap) merana akal, derita badan. Kalau dah terkena lawan sampai habis, jangan mengalah. Ingat Allah, ikhlaskan niat insya-Allah semua selamat.

Cakak-cakak


BBQ di Taman Syurga Loka

Salam,

cakak 1 - rupa-rupa dia kepalanye!
cakak 2 - diam perati orang, ade niat laen rupanye.
cakak 3 - kepoh sepesen aje dia ni.
cakak 4 - sensiti tak bertempat ngat.
cakak 5 - kene negor cakak dia je..
cakak 6 - baik jage awok, depan cakak laen belakang cakak laen, kome kene dah..
cakak 7 - dok campur orang keje
cakak 8 - sping jagen tak sping
cakak 9 - diang tapi boleh caye ke?kat blakang macang laen je..
cakak 10 - dok jage2 jangaen laser ngat.
cakak 11 - uweiii...cakak aje lebih bapok penakutnye..
cakak 12 - gedik ngat, berbulu mata nengoknye.
cakak 13 - nampok boleh masok ni.
cakak 14 - weii dah kene dah, pandang jeling sepesen je..
cakak 15 - pedulik apa aku, pakar nyebor dia ni.

habih! sape yang tak dicakak?? cakak le main-main, orang ingat betoi, haa sudoh..susoh idup mikir ke orang ni.