20 February 2007

kad kredit

Baik buruk kad kredit20-02-2007 11:14:29 AM
Oleh Rosliwaty Ramly
KUALA LUMPUR: Menjadi perkara biasa bagi kebanyakan individu untuk memiliki sehingga lima atau enam keping kad kredit. Ia bagaikan satu keperluan dan kemudahan untuk dibawa ke mana-mana.
Sehingga Disember lepas, dilaporkan terdapat 4.2 juta pemegang kad kredit di negara ini.
Dalam pada memilikinya memudahkan urusan pembelian, namun wang plastik ini juga boleh menimbulkan kemudaratan kewangan dan gangguan emosi jika ia diguna tanpa kawalan.
Bagaimanakah ia boleh menimbulkan stres kewangan?
Untuk menjawab persoalan itu, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menggariskan beberapa faktor sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai kewangan peribadi.
Faktor-faktor itu ialah:1. PEMBELIAN TANPA DIRANCANGKad kredit sememangnya memudahkan pembelian barangan yang anda gemari.Bagaimanapun, jika kemudahan itu tidak digunakan dengan bijak dan berhemat, ia akan menjeratkan diri anda ke lembah hutangpiutang kad kredit.
Lazimnya bila memiliki kad kredit, ia memberi bayangan kepada kita bahawa masih terdapat banyak wang di dalamnya. Had kredit ini biasanya disalahtafsirkan sebagai satu indikator terhadap apa yang kita ada, dan apabila ia berlaku, ia boleh mendorong perbelanjaan di luar kawalan. Inilah bayangan kewangan yang berbahaya.
2. MEMBAYAR CAJ FAEDAH YANG TINGGIApabila menggunakan kad kredit, kita juga perlu membayar caj faedahnya yang tinggi, biasanya kira-kira 18 peratus setahun lebih tinggi berbanding faedah pinjaman dalam pasaran.
Biarpun begitu, masih ramai antara kita yang menggunakannya dan dengan penuh setia membayar kadar minimum setiap bulan. Kebanyakan daripada kita tidak sedar berapa banyak yang kita akhirnya terpaksa membayar dalam jangka panjang.
Katakan, kita telah berbelanja tanpa dirancang menggunakan kad kredit sebanyak RM1,000 semasa jualan murah. Jika kita bayar kadar minimum setiap bulan, kita perlu selama 6 1/2 tahun untuk menjelaskan hutang itu dan pada akhirnya, jumlah yang kita sebenar telah membayar ialah RM1,650!. Cuba bayangkan apa yang boleh kita buat dengan wang lebihan itu.
3. PENIPUAN KAD KREDITKemudahan kad kredit juga mendedahkan kita kepada sasaran penipuan.
Antara petua untuk mengelak daripada terperangkap dalam penipuan kad kredit ialah: sentiasa menandatangani kad kredit sebaik sahaja anda menerimanya; jangan sekalikali memberikan nombor kad kredit anda menerusi telefon; sentiasa mengawasi pemegang wang (cashier) apabila ia mengebas kad anda untuk pembelian anda kerana ia dengan mudah boleh mengebasnya dua kali untuk 'pembelian lain'.
MENGURUS HUTANG KAD KREDITDalam pada kad kredit boleh meningkatkan kuasa membeli para pengguna, ia juga mengheret anda untuk berhutang.Bank Negara melaporkan bahawa sehingga Disember tahun lepas, jumlah baki hutang yang masih belum dilunaskan oleh pemegang kad kredit adalah sebanyak RM12.2 bilion!.Justeru, elakkan diri daripada terjerumus dalam perangkap hutang kad kredit dengan mengikuti beberapa panduan bijak yang ditawarkan oleh ACCA. Panduanpanduan itu ialah:1. BAYAR HUTANG TEPAT PADA MASANYABerwaspada dengan hutang kad kredit. Bayar semua bil tepat pada masanya. Buatlah pembayaran melebihi daripada bayaran minimum.2. BACA DAN TELITI SEGALA MAKLUMATPerhatikan segala pembayaran untuk barangan yang tercatat pada bil kad kredit. Jika anda mencurigai sesuatu, hubungi segera syarikat kad kredit itu. Kebanyakan daripada kita biasanya tidak mengendahkan butiran yang tercatat pada bil.3. AMALKAN HAK ANDAJika anda dikenakan bayaran caj kerana lewat membayar, hubungi pengeluar kad dan cuba buat bantahan. Kebanyakan bank bersedia untuk membatalkannya demi menjaga pelanggan yang mengekalkan rekod pembayaran dengan baik.4. HENTIKAN PEMBELIAN TANPA DIRANCANGJadilah pembeli yang berhemah dan berhemat. Senaraikan barangan yang hendak dibeli dan elak pembelian tidak dirancang. Juga jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan wang kerana kadar faedahnya agak tinggi.5. BIJAK MEMILIH KAD YANG INGIN DIBAWA KE LUAR NEGERISemak dahulu kad kredit mana yang menawarkan bayaran yuran yang rendah untuk transaksi di luar negeri dan bawa kad tambahan untuk digunakan jika kad yang satu lagi tidak boleh digunakan.Pendek kata, gunakan kad kredit hanya apabila ia benar-benar diperlukan kerana penggunaan dengan sewenang-wenangnya boleh membawa padah. BERNAMA

No comments:

Post a Comment