Majalah MIDI Febuari 2007
oleh Norhayati Hj Ramlee (yatie@karangkraf.com.my)
50 Makanan Minda
1. Luahkan perasaan anda kepada orang yang anda amat percayai dan kaunselor adalah pihak yang paling sesuai.
2. Berkongsi masalah dapat melegakan perasaan yang gundah gulana.
3. Mesti positif dan tidak boleh mudah mengalah.
4. Ketepikan perasaan takut atau malu jika ia memberi kebaikan.
5. Mesti banyak bersabar dan beristiqfar.
6. Penyakit adalah penyebab , ajal dan maut sudah ditetapkan oleh tuhan
7. Mati boleh berlaku pada bila-bila masa dan pada sesiapa sahaja.
8. Tidak menganggap penyakit yang menimpa akan mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
9. Paling penting ialah berjuang melawan penyakit untuk terus hidup.
10. Ketahui bahawa penyakit itu adalah anugerah Allah bagi menguji iman hambaNya dan pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
11. Lebih berani dan positif menghadapi hari muka.
12. Allah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang sabar dengan dugaan.
13. Lakukan sesuatu yang berbeza dari rutin harian untuk menghiburkan hati.
14. jangan bersendirian.Apabila bosan telefonlah kawan-kawan lama ceriakan kembali memori lama.
15. Belajarlah bertenag, carilah keseronokan yang boleh membuatkan anda lupa sebentar masalah anda.
16. Sibukkan diri dengan pelbagai perkara kerana ini membuatkan minda anda sentiasa cergas, sihat dan sentiasa bergerak.
17. Dengan semangat dan keyakinan diri yang kental dan sentiasa positif mampu membuatkan anda rasa gembira.
18. Sekalipun kita sakit tidak semestinya separuh nikmat dunia kita tinggalkan.
19. Sakit bukan sebab untuk kita tidak boleh hidup bahagia.
20. Sertai mana-mana kelab atau persatuan sebagai cara menyibukan diri.
21. Bincang secara hati ke hati dengan pasangan dan buat perancangan apa yang perlu dibuat untuk kebahagian bersama.
22. Beritahu anal-anak perkara sebenar dan bersifat terbuka apabila mereka bertanya.
23. Solat jemaah bersama anak-anak dan pasangan dan sama-sama berdoa memohon pada ilahi.
24. Selain sokongan pasangan dan anak-anak dapatkan sokongan dari ibu bapa, adik beradik atau sadara mara yang lain.
25. Sertai kumpulan sokongan iaitu mereka yang senasib dengan anda. cara demikian anda berkongsi pengalaman dan berbincang tentang masalah yang dihadapi.
26. Untuk mententeramkan hati, selalulah berkata "bukan aku seorang sahaja yang menderita ada orang lain yang lebih hebat deritanya.
27. Lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t .Jika sebelum ini anda abaikan perintahNya ini adalah masa untuk memperbaikinya.
28. jangan mudah kecewa dan putus asa, ingatlah Allah amat mengasihi setiap hambanya.
29. Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, bersenam dan bersosial atau bermasyarakat.
30. Ingatlah bila anda bersikap positif orang disekeliling anda juga turut berasa gembira dengan anda itu.
31. Sentiasa patuh akan nasihat doktor dan mengambil ubat mengikut jadual.
32. Bersabar cara paling baik untuk tenangkan minda, selagi kita tertekan selagi itulah kita merasakan penderitaan.
33. Selagi ada kesedaran untuk bersabar dan menerima ujian Tuhan, segalanya akan berubah menjadi lebih baik.
34. Jika terpaksa membuat keputusan antara hidup dan mati pastikan anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.
35. jaga kesihatan dan beri tumpuan terhadap apa yang anda makan.
36. Makan makanan yang berkhasiat dan segar, minum air putih lapan gelas sehari, cari ruang masa lakukan senaman.
37. Memakan makanan segera dan makanan ringan dengan kerap tidak baik untuk kesihatan.
38. Banyakkan membaca dan mencari info tentang penyakit yang dialami. Fakta-fakta berkaitan penyakit tersebut bagi membantu meningkatkan kefahaman dan perkembangan lanjut tentang penyakit anda. Knowledge is power.
39. Lebih banyak anda tahu tentang penyakit anda lebih senang untuk anda menjaga kesihatan anda agar tidak semakin parah.
40. Galakkan pasangan anda dan juga anak-anak meningkatkan pengetahuan tentang penyakit anda. Dengan cara ini mereka akan lebih memahami dan tahu apa yang terbaik untuk anda.
41. Pasakkan dalam minda bahawa anda mahu sembuh dan selamat.
42. Berusahalah membentuk keajaiban dan bukan mengharapkan keajaiban.
43. minta bantuan orang lain jika anda berasa perlu untuk berbuat demikian.
44. Tabahkan hati dan kuatkan iman agar hidup tidak dibelenggu penyesalan.
45. Luangkan masa bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan.
46. hanya diri sendiri sahaja yang boleh membantu dan motivasi terbaik adalah self motivation. Orang lain hanya sekadar membantu dan memberi sokongan.
47. Hidup adalah pengabdian diri kepada Allah Yang Maha Esa.
48. Hindari prasangka buruk, sentiasa berusaha untuk berperasangka baik.
49. Dengar dengar suara hati, berfikir secara circular thingking dan jadilah orang yang bijaksana.
50. Jernihkan minda dan jernihkan hati agar segala cubaan dan ujian yang datang boleh anda hadapi dengan jiwa yang tenang.
Moga sama-sama dapat kebaikan.
No comments:
Post a Comment