12 December 2007

Apa dah jadi ni??

1 juta wanita gemuk, 850,000 lelaki gempal
12-12-2007 03:10:01 PM

KUALA LUMPUR: Bilangan wanita gemuk mengatasi lelaki boyot dalam kalangan penduduk negara ini yang berumur 25 hingga 64 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Lee Kah Choo berkata Kajian Faktor Risiko Penyakit Kronik yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun lepas menunjukkan terdapat satu juta wanita gemuk berbanding 850,000 lelaki gempal.
"Dalam erti kata lain terdapat 19 wanita gemuk bagi setiap 100 wanita berbanding 14 lelaki gemuk bagi setiap 100 orang lelaki dalam kumpulan umur yang sama," katanya menjawab soalan Datuk Dr Rahman Ismail (BN-Gombak).
Lee berkata kajian itu mendapati 5.8 juta penduduk Malaysia berumur antara 25 dan 64 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan dan kegemukan.
"Kegemukan meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit kronik seperti jantung, diabetes, strok dan kanser," katanya.
Lee berkata antara faktor yang menyebabkan kegemukan adalah keturunan, gaya hidup dan pemakanan.
Beliau berkata bahawa bagi mengawal masalah itu, kementerian melaksanakan langkah pencegahan jangka panjang antaranya dengan menganjurkan kempen cara hidup sihat, menjalankan pengesanan awal kegemukan di klinik kesihatan dan hospital, melaksanakan program pengurusan berat badan dan menganjurkan kem kesihatan. BERNAMA

p/s ish!ish! takutnya..

No comments:

Post a Comment