03 December 2007

Bila nak berubah??

Peperiksaan mungkin pada minggu akhir persekolahan
03-12-2007
03:05:21 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menimbang cadangan untuk mengadakan peperiksaan akhir tahun pada minggu-minggu terakhir persekolahan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar.
Beliau berkata peperiksaan sekarang yang diadakan terlalu awal menyebabkan masalah ponteng sekolah sering berlaku, terutamanya selepas peperiksaan tamat.
"Untuk mengatasinya kementerian telah membuat keputusan untuk mengkaji balik sistem peperiksaan yang dibuat terlalu awal sebelum cuti sekolah," katanya menjawab soalan Senator Heng Seai Kie dalam persidangan Dewan Negara hari ini.
"Jika dilihat daripada kes ponteng, data disiplin murid menunjukkan penurunan kes tersebut dari 0.97 peratus pada tahun 2002 kepada 0.6 peratus pada tahun lalu," katanya. Noh berkata jumlah kes disiplin menurun daripada 1.28 peratus pada Januari hingga Mei 2006 kepada 1.13 peratus pada tahun ini.
Katanya kementerian sedang memantapkan semula peraturan disiplin sekolah iaitu Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah 1959 yang telah digunakan selama 47 tahun.
Beliau berkata Peraturan-peraturan Pendidikan Disiplin Murid 2007 yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 telah dibentangkan pada satu seminar peringkat kebangsaan pada bulan lalu.
"Sebanyak 21 resolusi daripada seminar tersebut akan diteliti oleh jawatankuasa teknikal penggubalan peraturan-peraturan pendidikan dalam masa terdekat," katanya.BERNAMA

pendapat: antara alasan-alasan yang diberikan kenapa pelajar kerap ponteng sekolah:
  1. peperiksaan akhir tahun diadakan terlalu awal.
  2. pengajaran tidak menarik
  3. kelas dan persekitaran yang tidak selesa
  4. guru tidak mengajar kerana terlibat dengan kursus-kursus tertentu waktu sekolah
  5. tidak meminati mata pelajaran yang diambil
  6. pengajaran dan pembelajaran yang membosankan
  7. terlalu banyak pengaruh luar
  8. penagruh kawan-kawan yang datang ke sekolah sebagai memenuhi masa terluang
  9. tiada program khusus selepas peperiksaan akhir tahun
  10. kurikulum yang terlau mementingkan peperiksaan sehingga pelajar beranggapan selesai peperiksaan tidak perlu p & p
  11. guru terlalu dibebani dengan kerja-kerja pengkeranian sehingga menjejaskan waktu untuk melaksanakan p & p
  12. guru-guru yang tidak mesra pelajar dan hanya menumpukan kepada sukatan pelajaran semata-mata

Masalah anak-anak dan pelajar bukan hanya semata-mata terletak ditangan sekolah sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak. Sukatan pelajaran perlu diteliti semula dan pembaharuan perlua dibuat demi masa depan anak-anak kita. Sistem peperiksaan yang melampau perlu diubah. Sikap ibubapa dan masyarakat perlu berubah dalam memberi reaksi terhadap pengkelasan pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan. Perkara-perkara ini melahirkan generasi robot yang pandai tetapi tiada roh serta tidak seimbang antara rohani dan jasmani.

Keruntuhan akhlak dikalangan generasi baru semakin membarah. Bila dan siapa yang akan mengubah keadaan ini??

No comments:

Post a Comment