09 December 2007

Gempa di Pahang???

Enam gempa bumi kecil di Bukit Tinggi, Pahang
07-12-2007 05:27:26 PM

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha berkata enam gempa bumi berukuran antara 2.7 hingga 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Bukit Tinggi Pahang sejak 30 Nov lepas sehingga semalam.
Bagaimanapun, katanya keenam-enam gempa bumi kecil itu hanya menyebabkan gegaran lemah dan tidak membahayakan nyawa dan harta benda sungguhpun ia dapat dirasai oleh penduduk di sekitar kawasan itu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Yap Kok Seng pula berkata penduduk di kawasan tersebut tidak perlu bimbang kerana gempa bumi bermagnitud sederhana atau lebih besar di jangka tidak akan berlaku di Bukit Tinggi.
"Jabatan ini akan sentiasa memantau 24 jam sehari aktiviti gempa bumi di dalam dan luar negara dan akan memaklumkan kepada orang ramai melalui radio dan televisyen jika berlaku kejadian yang boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya.

No comments:

Post a Comment