Kali ni aku saja nak kongsi satu cerita. Aku kira cerita ni berguna untuk dikongsi bersama. Disamping aku dapat melepaskan rasa yang terbuku dihati boleh juga dijadikan iktibar kepada sesiapa yang membaca kisah ni.
Minggu lepas aku mengalami trauma yang teramat berat dengan seseorang yang aku dah anggap seperti adik beradik melepaskan rasa marah yang tidak terkawal. Hampir 3 tahun saling mengenali hati budi masing-masing aku menyangka tiada apa yang perlu dirahsia . Segala percakapan aku itulah yang tersimpan dihati aku .Tiada maksud kedua, ketiga atau selainnya. Aku ikhlas segala-gala. Rupa-rupanya manusia ni rambut sama hitam tapi hati didalam hanya Allah yang tau.
Tiba-tiba aku diherdik seperti orang histeria, luruh rasa jantung aku dan terpinga-pinga tak terkata apa. Apa yang aku fikir waktu tu, apa salah aku? Lebih-lebih lagi apa yang aku cakap tiada kaitan langsung dengan orang lain. Itu hal peribadi aku semata2. Apa keputusan yang aku buat tidak menyangkut hal orang lain tetapi kenapa ada orang marah macam orang gila. Paling hairan dan ajaib bila aku tiba-tiba dituduh pentingkan diri sendiri. Aku dituduh begitu semata-mata aku membuat keputusan untuk diri aku sendiri tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.
Berpanjangan dari itu maka terbongkarlah cerita rupa-rupa kawan yang aku anggap seperti adik beradik ni dah lama menyimpan rasa tidak puas hati dengan aku. Dah lama rupanya bengkak hati dia melihat aku. Bila aku congak2 kembali apalah salah aku, apa aku dah buat pada dia, aku tak dapat pastikan apa . Adalah yang ingin menjadi orang tengah untuk mendamaikan aku dengan kawan ni. Aku cakap kepada sipendamai ni tak payahlah sebab aku tak ada apa-apa isu dengan sidia, bagi aku bila berjumpa nanti aku tetap seperti aku.Aku akan tegur,salam dan berpelukan seperti biasa. Jika dia menolak tidak mengapa.
Memang hati didalam teramatlah luka tetapi aku ingatkan diri sendiri apalah guna untuk bermasam muka, tidak bertegur sapa kerana hidup diperantauan ini, kawan-kawan sekeliling yang menjadi adik beradik dan saudara mara. Jika orang lain tidak suka tidak mengapa. Jadilah diri kita sendiri, buatlah sesuatu dengan ikhlas.Aku tidak akan menjadikan kedudukan suami sebagai tiket untuk aku merasa lebih daripada orang lain. Mulai hari ini aku mengingatkan diri sendiri buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-sekali. Silaturahim adalah rezeki, barang siapa yang memutuskannya bererti putuslah satu pintu rezeki. Beresmilah seperti padi semakin berisi semakin tunduk.
Jika hati kita baik, kita tidak akan berjumpa dengan orang yang jahat.
Aku panjatkan doa kepadaNya Moga Allah S.W.T memberkati dan melindungi kami sekeluarga dalam menempuh hidup diperantauan berkhidmat untuk negara dan mencari rezeki yang halal. Amin.
No comments:
Post a Comment