02 July 2009

Diam




Salam,

Apa tindakan anda semua jika anda berhadapan dengan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Iri hati
2. Dengki
3. Berpura-pura berkata baik dihadapan anda
4. Suka bercerita hal orang lain walaupun tidak berkaitan
5. Bangga diri dan sangat suka menceritakan kebaikan diri sendiri
6. Tidak boleh ditegur kerana merasa dirinya sahaja yang betul
7. Sentiasa berprasangka terhadap orang lain
8. Memburuk-burukkan orang lain.

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada memiliki sifat-sifat diatas. Syaitan dan iblis akan sentiasa menghasut kita kerana itu adalah antara ciri-ciri sifat iblis.

Dengan akal dan iman yang dikurniakan oleh Allah Taala kita boleh menangkis sifat-sifat tersebut, dengan syarat ada kemahuan dari dalam diri sendiri.

Apabila kita dihimpit dan dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai sifat seperti ini hendaklah kita DIAM.

Maksud DIAM disini ialah, dengarkan sahaja apa yang hendak diperkatakan, jika mampu tegurlah mana yang perlu. Kebiasaannya jika ditegur orang-orang begini akan bertambah sifat buruknya iaitu benci dan menghasut orang lain membenci kita. Oleh itu DIAM adalah yang terbaik sesungguhnya Allah Taala mengetahui niat dan apa yang tersirat didalam hati kita.

Bukankah Rasulallah s.a.w mengambil sikap berdiam diri apabila baginda ditimpa fitnah? Contohilah sifat Rasulallah, insyaallah akan selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment