09 November 2021
01 December 2020
29 October 2020
Salam Maulidul Rasul 1442 H@2020 M
Salam,
Hari ini Khamis, 12 Rabiul Awal 1442 bersamaan 29 Oktober 2020. Salam Maulidul Rasul dari bumi Najd.
28 August 2020
Ujian
Salam,
Ujian sinonim dengan kitakan? Bila sebut sahaja ujian macam-macam yang tergambar dalam fikiran kita. Setiap ujian yang ditempuhi berbeza antara satu sama lain. Biasanya ujian Allah SWT ini datang dalam bentuk berlawanan.
Ujian kemiskinan lawannya kekayaan, ujian kesakitan lawannya sihat, ujian kecerdikan lawannya kebodohan, ujian kesempurnaan lawannya kecacatan. begitulah seterusnya selagi nafas belum terhenti di dunia fana ini.
Ujian aku dibumi Riyadh yang panas dan kering ini ialah kebebasan bergerak menikmati alam dan mengurus perangai manusia. Memandangkan aku datang dari negara Syurga Dunia tiba2 tercampak dibumi yang penuh ujian ini. Waktu aku berfikiran waras aku bersyukur kerana dapat merasai sendikit tempias getirnya ujian Siti Hajar. Bagaimana sabarnya wanita mulia ini tetapi ketika fikiran dikuasai oleh makhluk yang bersumpah akan merosakkan manusia, aku menjadi manusia yang aku sendiri tidak kenali.
Aku terfikir manusia ini ada pilihan, tetapi kenapa memilih untuk menyusahkan diri sendiri an menyusahkan orang lain? Kenapa memilih jalan Abu Lahab dan Hindun? Itu ujian sebenarnya! Ujian dibumi anbiyak ini. Jika mengikut sejarah tempatan, asal penempatan di Riyadh ini ialah tempat larinya seorang manusia yang enggan menerima Islam dan kepimpinan Baginda Rasulallah. Jadi berkembang biaknya keturunan ini. Pasti ada yang menjadi baik dan pasti ada yang kekal buruk perangai dan kedegilannya. Jadi dimana kita? Siapa yang kita ikut? Terjebakkah kita?
Bertuah dapat mendiami bumi anbiyak, dapat melawat Maqam Kekasih Allah SWT, Junjungan Nabi Muhammad SAW. Dapat iktikaf dan solat sepuasnya di rumah Allah yang paling mulia diatas muka bumi ini..tetapi hadiah rezeki itu tidak datang percuma. Begitu tinggi fadhilat dan pahalanya begitu tinggi jua ujiannya. Tidak percaya? Hati dengan sendiri didatangi perasaan riak, perasaan bertuah dan mula hati berkata-kata membandingkan dengan rezeki orang lain. Lagi..ironinya..setelah berkali2 dapat peluang yang sukar bagi orang lain tetapi perangai kita tetap sama. Jadi fikir-fikirkanlah...Berkatkah amalan aku ini? Diterima atau tidak segala amalan aku ini? cubarenungkan dan fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Fikir dengan mata hati keran mata fizikal kita sering menipu dan tertipu.
08 May 2020
27
Salam,
Hari ini Jumaat di Diplomatik Kuaters ,8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441, sejarah berulang untuk kali yang ke 27. Alhamdulillah. Syukur kepadaMu atas segala yang Engkau telah anugerahkan. Rahmati dan lindungilah kami Ya Allah Ya Rabbal Alamin. Jauhilah kami dari segala khianat manusia dan iblis, lindungilah kami dari mata-mata syaitan yang sentiasa mendorong kearah kemungkaran. berilah penglihatan kami dengan penglihatan mata lebah. Tundukkanlah nafsu kami daripada bisikan-isikan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.Tiada yang lain yang boleh menolong kami, melindungi kami, menunjukkan kami jalan yang lurus. Akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang dan Maha Pengampun.
10 February 2020
Pindah
Salam,
Pada 18.8.2019 Ahad, bermula pengembaraan baru bagi kami. Kali ini menuju ke Riyadh sebagai destinasi. Penerbangan seawal jam 9.30 pagi menaiki penerbangan Emirats kami transit di Dubai selama 8 jam. Tepat jam 4.40 petang waktu Arab Saudi kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid (King Khalid International Airport). Kami disambut oleh kaki tangan kedutaan dan sebahagian duta-duta ASEAN. Bahang panas yang teramat menampar muka sebaik sahaja keluar daripada bangunan lapangan terbang. Bermula kehidupan baru kami di bumi Riyadh. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi hati yang sabar, cekal dan bahagia di daerah yang mencabar ini.
19 May 2019
17 December 2018
17 Disember 2018 / 9 Rabiul akhir 1440
Salam,
Isnin 17 Disember 2018 bersamaan 9 Rabiul akhir 1440. Suasana pagi yang kelam, musim sejuk di Ankara. November dan Disember jadual yang padat. Menunggu Sabtu, 22 Disember 2018/ 14 Rabiul akhir 1440, semoga segalanya diredhai dan dirahmati dan dalam lindungan Allah SWT yang Maha Esa. Aamiin.
04 October 2018
Ujian@Musibah
Salam,
Penutup bulan September dikejutkan dengan gempa bumi di Sulawesi Indonesia yang berskala 7.1 ritcher, diikuti dengan tsunami setinggi 20 kaki. Allahuakbar. Dalam keadaan masih mencari dan menguruskan mayat-mayat yang bertaburan Sulawesi dikejutkan pula dengan meletusnya gunung berapi Soputan. Tiga ujian besar dalam masa yang singkat.
Di Malaysia dikejutkan dengan lemasnya enam orang ahli bomba penyelamat dalam misi mencari dan menyelamatkan remaja berusia 17 tahun di bekas lombong di Taman Putra Perdana Puchong.
Peringatan atas dosa apakah yang kita telah lakukan. Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami yang lemah dan hina ini.
18 September 2018
Perkara Ajaib a.k.a Magik
Salam.
Semasa balik bercuti, memenuhi permintaan anak-anak kami pergi menonton filem Hantu Kak Limah yang digembar-gemburkan sebagai filem Melayu yang pecah panggung dan wajib ditonton. Sejujurnya aku rasa tidaklah seindah dan sehebat yang diberitakan.
Perkara ajaib@magik sinonim dengan orang-orang Melayu. Lebih tepat perkara-perkara tahyul. Tidak kira setinggi mana pendidikan orang Melayu , perkara -perkara begini memang mudah mendominasi hati kita.
Tapi ada satu perkara ajaib yang berlaku kepada aku. Ini bukan tahyul tetapi kebenaran kekuatan zikir dan yakin dengan pertolongan Allah semata-mata.
Aku menulis ini sebagai muhasabah diri dan jika ada yang terbaca sebagai perkongsian siber yang bermanafaat.
Beberapa bulan sebelum balik bercuti Nina menghantar whatsapp gambar-gambar surat berkaitan rumah di Taman LP yang masih tidak selesai. Rumah yang sepatutnya siap pada tahun 2006 berlarutan masalahnya hingga kehari ini. Memandangkan kami jauh aku mengabaikan saja surat itu. Apabila balik ke Malaysia, pelbagai urusan dan cuaca yang membuatkan kita rasa penat ,menyebabkan aku tidak ambil peduli tentang surat tersebut. Sehinggalah seminggu sebelum tarikh kami balik ke Ankara, hati aku tergerak untuk melihat dan membaca kembali surat itu. Rasa agak terkejut jugak kerana didalam surat itu ada menyatakan jika luput tarikh 3 bulan yang ditetapkan pelbagai penalti akan dikenakan. Bertapa tidak adilnya undang-undang dunia ini. Kami dipihak yang teraniaya, rumah terbengkalai sekian lama, syarikat pemaju telah bangkrap, diambil alih oleh syarikat lain dan kami yang terpaksa menangguh semua kosnya.
Pengurangan dalam pembayaran kerana pemansuhan GST akan diberikan .Aku pun segera menelefon pejabat guaman yang bertanggungjawab menguruskan TLP yang bermasalah ini. Seorang pekerja lelaki menjawab panggilan aku, dengan yakin beliau berkata;
"Puan, hari ini hari Khamis, esok Jumaat cuti Hari Kebangsaan, pejabat kami akan bercuti selama 3 hari dan akan dibuka semula pada hari Isnin.
Pada hari Isnin telah masuk bulan September yang melihat SST dikuatkuasakan GST. Jadi secara otomatik isi surat tawaran yang dikirimkan terbatal.
Aku menjawab " kalau datang hari ini semuanya masih sah seperti dalam surat tawarankah?".
"Ya"jawabnya, "tapi sekarang dah pukul 11.30 pagi sempat ke?. sebaiknya Puan datang padahari Isnin depan".
Timbul rasa geram yang teramat sangat.
Dengan sekelip mata aku menyiapkan segala dokumen yang dikehendaki, membuat potokopi yang sepatutnya dengan pertolongan suami yang sangat penyabar.
Tepat jam 3 petang ake telah berada dipejabatnya yang mengambil masa 20 minit pemanduan tanpa halangan tarfik.
Terkesima dan bermuka kelat dia melihat kami mampu datang dengan membawa segala dokumen yang diperlukan. Setelah disahkan segala dokumen lengkap aku perlu membayar RM5,450.00 secara cek atau bank draff dan perlu mengesahkan segala dokumen dengan pesuruhjaya sumpah.
Mujurnya pesuruhjaya sumpah(RM25), bank dan kedai potostat (RM6.50) ada disekitar bangunan pejabat yang terletak di tingkat 17 itu. Dengan bantuan suami yang paling penyabar di dunia, urusan kami selesai dalam masa satu jam. Alhamdulillah. Dengan pertolonganMu ya Allah, Engkau Permudahkan segala urusan perjalanan, urusan melengkapkan borang, urusan berurusan dengan pejabat guaman, bank dan potokopi. Alhamdulillah. SesungguhNya Hanya Engkau tempat kami mengharap dan memohon Pertolongan.
Dimana magik dan ajaibnya? Ok berbalik kepada aku,menyedari yang aku mesti menyelesaikan segala urusan pada hari tersebut juga, aku tidak henti-henti membaca zikir/tasbih/doa
"La ila hailla anta subhaanaka, inni kuntu minnazolimin"- Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa,87-
Maksudnya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)melainkan Enkau (ya Allah). Maha Suci (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku); sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Catatan: (Tasbih/Doa Nabi Yunus a.s ketika menderita sakit di dalam perut ikan 'Nun". Allah S.W.T selamatkan baginda. Baginda dimuntahkan oleh ikan itu lalu terdampar di tepi pantai hingga beberapa lama dan kemudiannya sembuh.
Amalkan membaca Tasbih/doa ini seberapa banyak pagi dan petang semoga segala kesulitan,penderitaan dan kesusahan dapat diatasi)
Menurut sebuah Hadis Rasulallah SAW, Allah SWT akan memperkenankan doa orang Islam yang berdoa dengan kalimah Tasbih tersebut. HRAt-Tarmizi.
Aku sudah merasai keajaibannya. Alhamdulillah.
Moralnya:
Ambil berat semua perkara.
Cuba buat sebaiknya.
Pihak yang berkepentingan sentiasa mengharapkan kita salah langkah yang bererti memberi keuntungan kepada mereka. Jadi buat keputusan yang tepat walau pada asalnya nampak payah dan tidak mungkin.
Taat dan redho kepada pasangan kita kerana ia memberi kesan yang manis dalam saat-saat terdesak. Terima kasih suamiku yang diberi sifat yang sangat sabar dalam menghadapi situasi ini.
Alhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah Ya RA.
05 September 2018
24 Jam
Salam,
Apabila membuka mata setiap pagi kita diberi 24 jam untuk kita melakukan kerja-kerja seharian. Tidak ada yang terkurang atau tidak ada yang terlebih. Kenapa didalam dunia ini ada manusia yang dapat melakukan sesuatu yang memberi impak yang besar kepada dirinya dan masyarakat sekelilingnya. Ada pula golongan manusia yang langsung tidak dapat membangunkan diri sendiri jauh sekali memberi manafaat kepada orang lain. Dimana silapnya.
28 May 2018
Syukur kehadratMu Ya Allah
Alhamdulillah Syukur kepadaMu Ya Allah atas segala yang Engkau rezekikan kepadaku.
Syukur diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ini
Syukur diberi kesihatan yng baik untuk menunaikan ibadat puasa
Syukur diberi hidayah untuk terus menambah ibadat di bulan Ramadhan ini
Syukur dimurahkan rezeki anak-anak untuk berkumpul berdua beradik untuk bersama-sama
menunaikan ibadat puasa tahun ini
Syukur diberi keselamatan daripada segala bahaya dibumi asing ini
Syukur diberi nikmat keamanan walaupun bertukar kerajaan yang mentadbir negara ku yang tercinta
Alhamdulillah diberi kesempatan menikmati segalanya.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, tetapkanlah iman kami yang senipis kulit bawang ini. Ya Allah lindungilah semua umat Islam yang teraniaya dan dizalimi walau dimana berada.
Semoga kami hamba yang lemah, hina dina ini terus istiqamah memohon dan berharap rahmat dan lindungan Mu Ya Allah.
Amin Ya Rabbil 'alamin.
26 May 2018
Baharu
Salam,
Pada hari Rabu, 9.5.2018 Pilihanraya Umum ke 14 telah diadakan di Malaysia. Disini kami mengikuti perkembangan pengundian dan keputusan dengan sabar dalam debar. Memandangkan waktu Ankara lewat 5 jam , kami dapat mengikuti dan mengetahui keputusan PRU14 hingga diumumkan kerajaan baharu.
Kerajaan Parti Barisan Nasional telah tumbang ditangan Parti Pakatan Harapan. Satu Sejarah Malaysia telah tercipta. Sejujurnya aku terkesima apabila mengetahui keputusan tersebut. Aku dilahirkan dan membesar dibawah pimpinan kerajaan BN yang telah berusia 61 tahun. Dengan beberapa masalah dalaman, penafian skandal 1MDB yang melibatkan negara luar, menyebabkan hilangnya kepercayaan majoriti rakyat Malaysia kepada pemerintahan BN. Tidak telus dalam menyiarkan berita seolah-olah memperbodohkan rakyat. Dengan teknologi maklumat hari ini sebarang berita boleh tersebar dalam sesaat. Tidak kira berita itu benar atau palsu. Kebangkitan rakyat menyaksikan tumbangnya kerajaan BN. Kerajaan PH mengambil alih dengan di ketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Meskipun telah berusia 92 tahun belia masih lagi mampu untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa PH merupakan kerajaan yang layak untuk memerintah Malaysia dan menangani segala kemelut dalam yang dihadapi oleh Malaysia dibawah kerajaan BN.
Tun Dr Mahathir Mohammad telah mengangangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 pada 10.5.2018 pada pukul 10 malam di hadapan Agong di Istana Negara. Ini merupakan sejarah bagi seorang Perdana Menteri Tertua yang dipilih melalui undian rakyat dalam pilihan raya secara demokrasi. Sejarah juga untuk Nina yang pertama kali mengundi dan menjadi pengundi di Putrajaya. Semoga kerajaan yang dipilih berjaya menyelesaikan segala masalah rakyat dan memerintah dengan adil dan saksama. alhamdulillah peralihan kuasa berjalan dengan aman.
Perancangan Allah tiada yang kebetulan. Semuanya pasti. Cuma, dengan kedangkalan akal kita sebagai hamba untuk memikirkan sama ada ini teguran daripada Allah untuk kita sebagai umat Islam. Semoga kita semua sentiasa ditunjuki jalan yang benar dan sentiasa dalam limpah dan rahmahNYA.
Malaysia, tanah air yang kucintai, semoga sentiasa didalam limpah rahmat Allah SWT.
Ramadhan 2018/1439H
Assalamualaikum,
Sabtu 26.5.2018, hari ke 11 kami berpuasa. Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah, kami masih diberi kesempatan menikmati Ramadhan pada tahun ini. Berpuasa kali kedua di bumi Ankara. Pada tahun ini kami berpuasa di musim bunga. Cuaca yang tidak terlalu panas. Meskipun kami berpuasa hampir 17 jam sedikit pun tidak terasa. Itulah mukjizat Ramadhan. Allahuakbar!
Nun jauh di Putrajaya 8,003km, Nina dan Adam dapat bersama menunaikan ibadat puasa. Bertapa leganya hati ini apabila disaat akhir Adam dikhabarkan berjaya menjalani latihan praktikal di Petronas Kuala Lumpur. Gembira hati tidak dapat digambarkan apabila mengenangkan dua beradik dapat bersama-sama selama 3 bulan.Syurkur Ya Allah dengan nikmat yang Engkau berikan kepada keluarga kecil kami.
21 January 2018
2018
Salam,
Hari ini Ahad, 21 Januari 2018. Telah seminggu kami berada kembali dibumi Ankara. Semoga 2018 aku menjadi lebih kuat, lebih positif dan sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik-baik.
30 September 2017
Eh awak!
Bak mai aku nak cerita sikit pasai mulut. Banyak perumpamaan pasai mulut ni. Ada kata mulut tempayan, ada kata mulut longkang. Pokoknya banyak yang negatif pasai mulut ni. Orang dulu-dulu dah buat perumpamaan, kerana mulut badan binasa. Mulut juga yang menyebarkan fitnah. mulut juga yang suka mengumpat. Peringatan bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri yang selalu alpa. Ringan aje mulut berkata sesuatu yang tidak perlu, jauh sekali berfaedah. Islam galakkan kitabercakap apa yang perlu. selebihnya banyakkan berzikir dan mengingati Allah.
31 August 2017
Budaya
Salam,
Pada hari ini 5.7.2017, aku mendapat jemputan perkahwinan anak perempuan kepada seorang kenamaan Turki. Majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka di Ankara iaitu JWW Marriot. Apa yang ingin aku kongsi ialah cara resepsi yang diadakan. Majlis resepsi perkahwinan di sini, hidangan untuk tetamu yang hadir hanyalah makanan ringan seperti bebola daging, sandwich , manisan, kekacang, kerepek dan minuman sejuk serta panas. Jika dilihat secara mata kasar mereka tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir. Tempat duduk pun tidak disediakan, majlis hanya berdiri dan menggunakan meja coktail sahaja. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang disediakan kerusi yang sederhana.
Korban Bayram !438/2017 Ankara
Salam,
Korban Bayram kutlu olsun. Alhamdulillah kami diberi peluang oleh Allah SWT menyambut Hari Raya Korban di bumi Ankara buat kali kedua.
Selamat Hari Raya Korban @ Aidiladha daripada kami berdua di Ankara untuk semua anak-anak, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan siber. Semoga ibadat korban kita diterima olehNYA.
05 July 2017
Sikap Oh Sikap
Salam,
Sejak aku mengaktifkan semula FB dan dua tiga hari ini aku rajinlah pulak membelek FB. Banyak cerita dan gossip yang ada dalam FB. Dari cerita orang biasa berjangkit kepada artis dan cerita orang luar biasa. Dari FB juga boleh hop in, hop off kepada beratus link yang bertali temali. Memang boleh jadi katak puru yang melompat kesana sini mengejar nyamuk. Bila dah waras semula baru menyesal, banyaknya masa terbuang dan terleka dengan segala macam cerita di FB. Bila aku baca komen-komen orang Malaysia atas apa saja isu yang keluar kat FB aku boleh rasa orang Malaysia ni ada satu penyakit EQ. Menakutkan bila baca komen-komen yang menggunakan bahasa yang tidak pernah didengar dan terpikir akan keluar dari fikiran seorang Melayu muslim. zaman aku dulu jika terpikir perkataan-perkataan buruk takut sangat jika terkeluar dimulut. Bukanlah kena dendan dengan rotan semambu tapi rasa malu jika itu terkeluar dari mulut sendiri. Kenapa jadi begini?? kerana pengaruh mediakah? kerana ibubapa tak ajarkah? sekolah yang sibuk mengejar gred sehingga adab dan nilai tercorot kebelakang? Sumpah seranah, maki hamun, hasad dengki menjadi mainan tulisan di FB. Apakah?
Dah bertahun aku perhatikan, suratkhabar utama berbahasa melayu sudah lama menjadi suratkhabar picisan. Berita yang tidak sepatutnya menjadi berita muka depan. Contoh, berita raba, rogol, cerai, artis gaduh, artis skandal , Bangla ditangkap , semua menjadi berita muka depan. Apa ni? Alasan untuk menaikkan ranking jualan dan menarik pembaca. Jadi..itu sajakah tahap pembacaan dan pemikiran Melayu sekarang? Satu lagi TV yang tidak lagi menjadi media pendidik. Rata-rata hiburan semata-mata. Maharaja Lawak menjadi hiburan utama. Cara lawak yang tercerit-jerit dan terpekik-pekik dengan ayat sindiran bodoh menjadi bahan lawak yang boleh menang hadiah utama. Malangnya! Aku jadi cuak dan muak. Apakah aku ini yang terkebelakang dan masih hidup di zaman aku? Allahuaklam. Itulah kita ini, Melayu jadi bangsa pengikut tegar.
03 July 2017
Selamat Tinggal
Salam,
Pada Sabtu lepas 1.7.2017 , pukul tiga setengah pagi waktu Ankara, kami menerima whatsapp yang memberitahu Mak Cik Wan telah meninggal dunia di Hospital Serdang. Terkedu seketika. Seakan tidak percaya kerana baru saja melihat gambar-gambar yang dihantar Nina semasa perkahwinan anak sulongnya bulan Mei lepas. Benarlah..ajal kita hanya Dia yang tahu.
Keesokkannya menerima berita kematian Pak Uda Hassan Benom pula. Allahu. Satu persatu pergi meninggalkan kami. Terasa benar giliran kami semakin hampir. Pada bulan lepas juga pemergian secara mengejut PDJTB. Penyebab kematian ialah terkena serangan angin ahmar ketika menunggu solat Jumaat. Sesungguhnya itu hanyalah penyebab tetapi umur hayatnya telah ditetapkan olehNya. Aku bila, dimana dan bagaimana? berserah dan bersedia ajelah.
Jika aku fikirkan banyak juga kenangan aku bersama arwah Mak Cik Wan. Walaupun kami tidak rapat dan jarang berjumpa tetapi sesekali jumpa banyak juga cerita yang dikongsi, kami boleh gi..bila berjumpa , mungkin sebab kami sama-sama orang luar yang masuk dalam keluarga Tok Wok.
Sebagai jururawat senior banyak pengalaman yang diceritakan oleh Mak Cik Wan terutama ketika beliau bertugas di wad Diraja. Banyak juga nasihat yang beliau berikan kepada aku dalam menempuh alam perkahwinan ini terutama berkaitan dengan suami aku yang kawan sekeliling pinggang. Usikan beliau yang paling aku ingat ketika kenduri dikampung, aku masih lagi belum mengandung setelah hampir setahun berkahwin. Dengan kuat Mak Cik Wan memberitahu emak-emak sedara yang ada disitu, "...eh mari kita ajor budak berdua ni...entah pandai ketidak diaorang berdua ni..." aku pun tanpa segan silu menjawab, " alaaa..saya tak mau mabuk sorang2, bila seronok2 berdua, bila sakit pening sorang2 "..semua ketawa berderai mendengar jawapan aku. Aku dan suami duduk berjauhan, sorang di KL sorang di selatan. Memang betullah..aku dah bagitau suami yang aku tidak mahu mengandung jika masih duduk berasingan, jika sudah dapat bertukar dan tinggal bersama, baru boleh pikir hendak menambah ahli keluarga.
Semuanya telah menjadi kenangan.












