24 November 2008

Hati Manusia

Kali ni aku saja nak kongsi satu cerita. Aku kira cerita ni berguna untuk dikongsi bersama. Disamping aku dapat melepaskan rasa yang terbuku dihati boleh juga dijadikan iktibar kepada sesiapa yang membaca kisah ni.

Minggu lepas aku mengalami trauma yang teramat berat dengan seseorang yang aku dah anggap seperti adik beradik melepaskan rasa marah yang tidak terkawal. Hampir 3 tahun saling mengenali hati budi masing-masing aku menyangka tiada apa yang perlu dirahsia . Segala percakapan aku itulah yang tersimpan dihati aku .Tiada maksud kedua, ketiga atau selainnya. Aku ikhlas segala-gala. Rupa-rupanya manusia ni rambut sama hitam tapi hati didalam hanya Allah yang tau.

Tiba-tiba aku diherdik seperti orang histeria, luruh rasa jantung aku dan terpinga-pinga tak terkata apa. Apa yang aku fikir waktu tu, apa salah aku? Lebih-lebih lagi apa yang aku cakap tiada kaitan langsung dengan orang lain. Itu hal peribadi aku semata2. Apa keputusan yang aku buat tidak menyangkut hal orang lain tetapi kenapa ada orang marah macam orang gila. Paling hairan dan ajaib bila aku tiba-tiba dituduh pentingkan diri sendiri. Aku dituduh begitu semata-mata aku membuat keputusan untuk diri aku sendiri tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.

Berpanjangan dari itu maka terbongkarlah cerita rupa-rupa kawan yang aku anggap seperti adik beradik ni dah lama menyimpan rasa tidak puas hati dengan aku. Dah lama rupanya bengkak hati dia melihat aku. Bila aku congak2 kembali apalah salah aku, apa aku dah buat pada dia, aku tak dapat pastikan apa . Adalah yang ingin menjadi orang tengah untuk mendamaikan aku dengan kawan ni. Aku cakap kepada sipendamai ni tak payahlah sebab aku tak ada apa-apa isu dengan sidia, bagi aku bila berjumpa nanti aku tetap seperti aku.Aku akan tegur,salam dan berpelukan seperti biasa. Jika dia menolak tidak mengapa.

Memang hati didalam teramatlah luka tetapi aku ingatkan diri sendiri apalah guna untuk bermasam muka, tidak bertegur sapa kerana hidup diperantauan ini, kawan-kawan sekeliling yang menjadi adik beradik dan saudara mara. Jika orang lain tidak suka tidak mengapa. Jadilah diri kita sendiri, buatlah sesuatu dengan ikhlas.Aku tidak akan menjadikan kedudukan suami sebagai tiket untuk aku merasa lebih daripada orang lain. Mulai hari ini aku mengingatkan diri sendiri buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-sekali. Silaturahim adalah rezeki, barang siapa yang memutuskannya bererti putuslah satu pintu rezeki. Beresmilah seperti padi semakin berisi semakin tunduk.
Jika hati kita baik, kita tidak akan berjumpa dengan orang yang jahat.

Aku panjatkan doa kepadaNya Moga Allah S.W.T memberkati dan melindungi kami sekeluarga dalam menempuh hidup diperantauan berkhidmat untuk negara dan mencari rezeki yang halal. Amin.

18 November 2008

Rumah Terbengkalai

Rumah terbengkalai ni isu sensitif sebenarnya. Sangat-sangat sensitif. Kenapa dalam dunia ini ada orang sanggup tipu orang.Khabarnya beberapa orang pembeli dah pun meninggal dunia. Perumahan tu dah hampir 80 peratus siap. Habis kat mana silapnya??

14 November 2008

Al-Kisahnya

Tak taulah macam mana boleh timbul kes ni..bila difikir2kan semula rupa-rupanya dah lama perkara ni..oooo begitu ke?

" muka masam macam kau tu, semua orang takut" - zaman sekolah rendah

" eiii..tak sangka kita jadi kawan, aku ingat kau ni sombong, muka asyik masam aje" - zaman sekolah menengah

" Aku tengok kau ni jalan laju sorang2, muka serius aje, kau ni pegi dating dengan sape?"- zaman universiti

" laaa..aku mati2 ingat kau ni sombong, aku tengok serius semacam. heheeh..kalau tak dok serumah sampai bila2 aku ingat kau ni sombong" - zaman kursus

" aku suka kau cakap camtu kat Ms R*****a ,selama ni tak dak org kenakan dia,kau tau dia tak berani jawab bila kau cakap macam tu, ni mesti sebab muka kau yang serius tu!" - zaman kerja

" Hei pengantin senyumlah sikit, jangan masam aje"- duk tengok orang silat pulut takkan nak tersengih2 pulak!! - waktu bersanding

" Engkau tu bila pegi tempat baru senyumlah sikit, jangan masam aje, nanti orang ingat kau tu sombong" -zaman jadi isteri VIP

" Hello! ya Abang! Amboi! garangnya cakap dengan suami".-

Sombong ke aku ni??Sebenarnya masam dan sombong memang dah sinonim dengan aku. Agaknya sebab itulah aku ditakdirkan jadi isteri VIP ni..hehhehe..hakikatnya orang sebelah aku aje yang tau siapa aku ni..agaknyalah!

Pindah Rumah Pindah Negara

Sebaknya hati apabila En Suami memberitahu yang kami akan berpindah. Bukan saja pindah rumah tetapi pindah negara. Berat hati hendak meninggalkan Stockholm tapi apakan daya..Kami akan merindui segala-galanya disini.
Apa yang pasti, 9 Januari 2009 akan tiba dan kami terpaksa berangkat meninggalkan bumi Sweden , pada tarikh yang sama, kami memijak bumi Sweden buat pertama kali tiga tahun yang lalu.

Sebagai hamba kita hanya merancang Allah yang menentukan segala-galanya. Kita mesti yakin segala-gala yang telah ditetapkan oleh NYA adalah yang terbaik buat kita.

Toppbrinken 22 Rumah Sementara kami selama 2 tahun 6 bulan




back yard kami...



apple dan plum kami..

23 October 2008

Melihat Diri

Lama dulu, sejak lama dulu, suku abad yang telah berlalu,menghampiri setengah abad, aku cuba melihat diri.Bukan mencuba tapi sering aku lakukan dan itulah yang aku lakukan, dalam sedar, dalam angan, dalam diam, dalam riuh, dimana-mana.

Terasa amat jenuh, penat dan lesu. Aku masih berkira-kira, mengagak-agak, masih keliru hingga tidak tahu punca yang mana perlu dipegang, perlu diikat, perlu dilepas, perlu ditambat. Meniti usia dewasa rupa-rupanya tidak semudah yang dijangka.Apakah manusia itu memang begitu? Itukah Sufi? Itukah Tarikat?

Asyiknya menoleh kebelakang sehingga terlupa dan alpa jalan dihadapan masih panjang. Secalit cahaya dihadapan teramat samar dan kadang-kadang hilang begitu sahaja.

13 September 2008

Ramadhan 2008



Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Tidak terlambat kiranya kami disini mengucapkan Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa kepada semua saudara mara dan rakan-rakan yang mengenali kami. Sama-sama kita berdoa agar puasa dan ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadhan tahun ini mendapat pahala yang berganda dan keberkatan yang berpanjangan. Moga kita dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.

14 June 2008

Betul ke ni??

Isu rumah terbengkalai ni memang sangat sensitif bagi saya. Salah satu projek perumahan yang ditulis didalam artikel dibawah, saya salah seorang pembeli yang malang itu. Bayangkan saya terpaksa membayar RM970.00 setiap bulan tetapi rumah tidak dapat diduduki. Aduan demi aduan dibuat tetapi tindakan tidak diambil. Janji hanya tinggal janji. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu??

Kementerian akan rendahkan faedah pembeli rumah terbengkalai
14-06-2008 08:36:18 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank agar kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli rumah yang projeknya terbengkalai dapat dikurangkan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hamzah Zainudin berkata langkah itu bagi mengurangkan beban pembeli rumah yang terpaksa menanggung pembayaran walaupun projek perumahan itu masih tergendala.
"Saya akan bincang dengan bank dan saya percaya interest yang dikenakan dapat dikurang atau diberi penjadualan semula pembayaran," katanya kepada pemberita selepas melawat lima tapak projek perumahan yang dimajukan Talam Coperation Berhad yang terbengkalai sejak tahun 2003 di sekitar Puchong dan Seri Kembangan.
Lima projek itu ialah Taman Lestari Perdana, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Permai, Saujana Puchong dan Saujana Putra.
Hamzah turut mengingatkan semua pemaju perumahan agar tidak membuat sesuatu yang boleh merugikan pembeli seperti projek perumahan yang tidak dapat diteruskan ataupun menaikkan harga rumah. "Kalau didapati, mereka (pemaju) ini akan di blacklist (senarai hitam) dan diambil tindakan," katanya.
Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai.
Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai.
"Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya.
Beliau berkata hanya satu peratus atau 50,000 unit rumah terbengkalai di seluruh negara setakat ini manakala 270 projek perumahan tergendala dan hanya 141 projek dapat digerakkan semula.
"Semua projek perumahan yang terbengkalai akan dibaik pulih semula dan yang penting, kita (kementerian) harap pembeli akan mendapat rumah mereka secepat mungkin," katanya. BERNAMA