20 July 2010

Gelombang Panas


Salam,

Musim panas tahun ini Russia mengalami gelombang panas yang keterlaluan. Megikut rekod Jabatan Kajicuaca kepanansan musimm panas kali ini memecahkan rekod kepanasan tertinggi pada tahun 1951 iaitu 33.7 darjah celcius. Sehingga minggu lepas kepanasan mencecah 38 darjah celcius.
Dianggarkan 10 juta hektar ladang tanaman musnah di seluruh Russia dan kerajaan telah mengumumkan darurat bencana alam di 17 wilayah.Cuaca panas yang bermula pada akhir Jun dijangka berterusan sepanjang bulan Julai. Keadaan cuaca panas dan kering ini mengakibatkan kerugian USD 1 billion bagi sektor pertanian.
Kerugian bukan sahaja ditanggung oleh ladang-ladang milik kerajaan tetapi petani-petani perseorangan.

Memandangkan cuaca panas yang berterusan petani terpaksa menuai hasil bijirin lebih awal yang mengakibatkan mutu kualiti yang rendah.
Sehingga Khamis lepas dianggarkan 9.6 juta hektar tanaman musnah dan jika di satukan semua kawasan pertanian yang musnah hampir meyamai keluasan negara Hungary.

Pengajarannya kita sebagai hamba Allah yang lemah hendaklah sentiasa bersedia menghadapi ujian-ujian yang diturunkan, moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman dan bersyukur dalam semua keadaan.

Rejab Syaaban

Salam,

Saya terlalu menyibukkan diri dengan perkara-perkara dunia yang remeh -temeh sehingga terlupa Rejab telah pun berlalu tanpa sedikitpun amalan sunat yang mampu saya kerjakan dan kini Syaaban hampir kepertengahan. Moga saya tidak terus lalai dengan segala nikmat yang ada disekeliling saya.

19 July 2010

ASEAN

Salam,

Kedutaan negara-negara ASEAN di Russia terdiri dari Malaysia,Brunei,Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina,Singapura,Thailand dan Vietnam.

Berbekalkan semangat ASEAN, kedutaan negara-negara ASEAN telah mengadakan sukan persahabatan bagi mengeratkan perhubungan diplomatik antara negara-negara ini. Setiap kedutaan diminta menganjurkan satu atau dua permainan di kedutaan masing-masing atau di kelab-kelab sukan. Antara sukan yang dianjurkan seperti dart, badminton, bola tampar,ping-pong, petong dan bowling. Adalah menjadi tanggungjawab setiap negara menyediakan tempat,hadiah dan peralatan bagi tujuan ini.

Bagi tahun 2010 kedutaan Malaysia telah membuka gelangagng sukan persahabatan ini dengan menganjurkan permainan dart pada 19 Jun 2010 bertempat di dewan kedutaan.Penyertaan dari negara-negara anggota sangat menggalakkan walaupun penyertaan tidak seramai tahun lepas.

Bagi mengeratkan silaturahim dan menimbulkan semangat ASEAN di kalangan peserta-peserta negara-negara anggota, setiap peserta tidak dibenarkan memilih kawan senegara sebagai pasangan. Pemilihan dilakukan secara undian.

Meskipun terdapat rungutan kerana mendapat pasangan yang kurang pandai dalam permainan tersebut tetapi demi persahabatan dan semangat kesukanan ianya diterima dengan hati yang terbuka.

Pada tahun ini juara Dart dimenangi oleh pasangan daripada Vietnam dan Thailand, tempat kedua dimenangi pasangan Indonesia dan Filipina.


Peserta-peserta Kedutaan Malaysia dan petugas-petugas bergambar bersama Duta Malaysia Dato Khalis dan Datin Saripah .

Pemenang Tempat Pertama


Sebahagian daripada duta-duta ASEAN.

Seterusnya pada 3 Julai 2010 Kedutaan Filipina menganjurkan perlawanan persahabatan bola tambar di sebuah kelab sukan disini.

Pada 17 Julai 2010, giliran Kedutaan Indonesia menganjurkan pertandingan badminton dan ping-pong. Pertandingan diadakan di kelab sukan Buman bermula jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang..
Bagi acara badminton beregu berpasangan dimenangi oleh pasangan dari negara Vietnam dan Laos, beregu lelaki dimenangi oleh negara Indonesia dan acara perseorangan dari negara Thailand.

Petandingan berlaku dalam suasana penuh meriah dan semangat kesukanan. Dalam ucapan penutupnya Duta Indonesia menekankan perlunya semangat kerja sama dan muhibbah dikalangan negara-negara ASEAN.


Pasangan beregu lelaki
>
Penyokong Tegar Kedutaan Malaysia

Pasangan beregu campuran

12 July 2010

Espana 2010


Makan-makan

Dengar taklimat

Acara tendangan penalti

Futsal dewasa

Futsal kanak-kanak

Salam,

Semalam kami bermukim ditaman kedutaan menanti perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Holland. Perlawanan bermula pukul 10.30 malam waktu Moscow, masih cerah. Maghrib masuk pukul 10.13 malam.

Tiga jam sebelum perlawanan bermula pelbagai acara diadakan untuk kanak-kanak dan kakitangan kedutaan, anataranya perlawanan bolasepak untuk kanank-kanak, perlawanan untuk dewasa dan sepakan penalti bagi kaum ibu.
Acara-acara yang disertai menawarkan hadiah yang lumayan seperti bola piala dunia, jersey Russia dan beg makanan ringan. Semua acara berjalan lancar dan kegembiraan jelas terbayang diwajah semua peserta.

Hidangan makan malam secara pot-luck disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan. Antara menunya seperti nasi dagang,nasi putih, chapati ,ayam goreng, ayam goreng kicap, sayur campur, ulam-ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak,asam pedas,keropok,papudum dan ikan masin. Tidak ketinggalan pencuci mulut seperti buah-buahan, agar-agar hijau, kek coklat, roti manis,roti gulung, roti kentang dan bermacam jenis kacang.

Air istimewa pada malam itu ialah mohito (non alcohol)air sprite dicampur daun pudina, disamping pelbagai jenis jus buah-buahan, coke dan minuman ringan. Beginilah cara orang Malaysia berkumpul, makanan kebiasaannya lebih banyak daripada ahli-ahli yang hadir.

Perwakilan juga tidak ketinggalan mengisi waktu-waktu akhir perlawanan bolasepak dengan mempelajari langkah baru tarian poco-poco dibawah tunjuk ajar Datin saripah.

Perlawanan yang hebat antara Holland dan Sepanyol berlarutan hingga ke masa tambahan. Bagi mengisi masa yang panjang, acara kuiz diadakan.Semua tidak terasa jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Akhirnya Sepanyol berjaya menjaringkan gol kemenangan, 4 minit sebelum perlawanan berakhir. Sehingga tiupana wisel penamat Sepanyol berjaya mempertahankan pintu gol.

Sah, Piala Dunia 2010 milik Sepanyol. Saya antara jutaan penyokong Sepanyol yang tersenyum lebar pada dinihari itu. Sepanyol memang berhak untuk menang pada malam itu kerana cara permainan yang tidak mengenal penat dan serangan bertubi-tubi kearah pintu gol Holland. Senyuman manis David Villa semestinya bertambah manis.

09 July 2010

Limo


Sempena perpisahan Ybg Datin, menaiki limo bertemakan pink. Sayangnya limo berwarna pink tiada pada hari itu.

Tu..dia..pengalaman pertama menaiki limo.

Di Moscow limo dijadikan satu perniagaan yang menguntungkan. Sesiapa pun boleh menyewa limo dengan kadar harga paling murah Ruble 2500 satu jam dan paling mahal puluhan ribu. Pelbagai pakej disediakan, pilihlah mengikut kemampuan.Disini ramai yang suka naik limo, boleh dikatakan semua acara-acara penting diakhiri dengan menaiki limo seperti perkahwinan, tamat universiti, hari kekasih, hari jadi atau sambutan malam minggu bersama-sama rakan2 istimewa.
Bagi sesiapa yang bercuti disini dan teringin menaiki limo, silakan tetapi jangan lupa bawa duit yang banyak ya..

Demam Bola


hehe..moyok, pasukan peberet kalah

mak-mak berpoco-poco

anak-anak chicken dance, macarena dan cha-cha

khemah berjalan, hujan tengah malam

Sebelum hujan

Salam,

Demam Piala Dunia, musim panas, semua panas. BBQ di taman kedutaan yang bermula jam 5.00 petang berlarutan hingga ke pukul 1.30 pagi gara-gara keputusan seri dan waktu permainan tambahan 30 minit.

04 July 2010

Penat


Galeri Prototsky

Salam,

Penat setelah dua minggu keluar berturut-turut. Bukan ke hutan mencari kayu, bukan ke sungai mengangkut air tetapi bersosial terarah. Siapa kata bersosial itu seronok?