19 July 2010

ASEAN

Salam,

Kedutaan negara-negara ASEAN di Russia terdiri dari Malaysia,Brunei,Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina,Singapura,Thailand dan Vietnam.

Berbekalkan semangat ASEAN, kedutaan negara-negara ASEAN telah mengadakan sukan persahabatan bagi mengeratkan perhubungan diplomatik antara negara-negara ini. Setiap kedutaan diminta menganjurkan satu atau dua permainan di kedutaan masing-masing atau di kelab-kelab sukan. Antara sukan yang dianjurkan seperti dart, badminton, bola tampar,ping-pong, petong dan bowling. Adalah menjadi tanggungjawab setiap negara menyediakan tempat,hadiah dan peralatan bagi tujuan ini.

Bagi tahun 2010 kedutaan Malaysia telah membuka gelangagng sukan persahabatan ini dengan menganjurkan permainan dart pada 19 Jun 2010 bertempat di dewan kedutaan.Penyertaan dari negara-negara anggota sangat menggalakkan walaupun penyertaan tidak seramai tahun lepas.

Bagi mengeratkan silaturahim dan menimbulkan semangat ASEAN di kalangan peserta-peserta negara-negara anggota, setiap peserta tidak dibenarkan memilih kawan senegara sebagai pasangan. Pemilihan dilakukan secara undian.

Meskipun terdapat rungutan kerana mendapat pasangan yang kurang pandai dalam permainan tersebut tetapi demi persahabatan dan semangat kesukanan ianya diterima dengan hati yang terbuka.

Pada tahun ini juara Dart dimenangi oleh pasangan daripada Vietnam dan Thailand, tempat kedua dimenangi pasangan Indonesia dan Filipina.


Peserta-peserta Kedutaan Malaysia dan petugas-petugas bergambar bersama Duta Malaysia Dato Khalis dan Datin Saripah .

Pemenang Tempat Pertama


Sebahagian daripada duta-duta ASEAN.

Seterusnya pada 3 Julai 2010 Kedutaan Filipina menganjurkan perlawanan persahabatan bola tambar di sebuah kelab sukan disini.

Pada 17 Julai 2010, giliran Kedutaan Indonesia menganjurkan pertandingan badminton dan ping-pong. Pertandingan diadakan di kelab sukan Buman bermula jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang..
Bagi acara badminton beregu berpasangan dimenangi oleh pasangan dari negara Vietnam dan Laos, beregu lelaki dimenangi oleh negara Indonesia dan acara perseorangan dari negara Thailand.

Petandingan berlaku dalam suasana penuh meriah dan semangat kesukanan. Dalam ucapan penutupnya Duta Indonesia menekankan perlunya semangat kerja sama dan muhibbah dikalangan negara-negara ASEAN.


Pasangan beregu lelaki
>
Penyokong Tegar Kedutaan Malaysia

Pasangan beregu campuran

No comments:

Post a Comment