12 July 2010

Espana 2010


Makan-makan

Dengar taklimat

Acara tendangan penalti

Futsal dewasa

Futsal kanak-kanak

Salam,

Semalam kami bermukim ditaman kedutaan menanti perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Holland. Perlawanan bermula pukul 10.30 malam waktu Moscow, masih cerah. Maghrib masuk pukul 10.13 malam.

Tiga jam sebelum perlawanan bermula pelbagai acara diadakan untuk kanak-kanak dan kakitangan kedutaan, anataranya perlawanan bolasepak untuk kanank-kanak, perlawanan untuk dewasa dan sepakan penalti bagi kaum ibu.
Acara-acara yang disertai menawarkan hadiah yang lumayan seperti bola piala dunia, jersey Russia dan beg makanan ringan. Semua acara berjalan lancar dan kegembiraan jelas terbayang diwajah semua peserta.

Hidangan makan malam secara pot-luck disediakan oleh ahli-ahli Perwakilan. Antara menunya seperti nasi dagang,nasi putih, chapati ,ayam goreng, ayam goreng kicap, sayur campur, ulam-ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak,asam pedas,keropok,papudum dan ikan masin. Tidak ketinggalan pencuci mulut seperti buah-buahan, agar-agar hijau, kek coklat, roti manis,roti gulung, roti kentang dan bermacam jenis kacang.

Air istimewa pada malam itu ialah mohito (non alcohol)air sprite dicampur daun pudina, disamping pelbagai jenis jus buah-buahan, coke dan minuman ringan. Beginilah cara orang Malaysia berkumpul, makanan kebiasaannya lebih banyak daripada ahli-ahli yang hadir.

Perwakilan juga tidak ketinggalan mengisi waktu-waktu akhir perlawanan bolasepak dengan mempelajari langkah baru tarian poco-poco dibawah tunjuk ajar Datin saripah.

Perlawanan yang hebat antara Holland dan Sepanyol berlarutan hingga ke masa tambahan. Bagi mengisi masa yang panjang, acara kuiz diadakan.Semua tidak terasa jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Akhirnya Sepanyol berjaya menjaringkan gol kemenangan, 4 minit sebelum perlawanan berakhir. Sehingga tiupana wisel penamat Sepanyol berjaya mempertahankan pintu gol.

Sah, Piala Dunia 2010 milik Sepanyol. Saya antara jutaan penyokong Sepanyol yang tersenyum lebar pada dinihari itu. Sepanyol memang berhak untuk menang pada malam itu kerana cara permainan yang tidak mengenal penat dan serangan bertubi-tubi kearah pintu gol Holland. Senyuman manis David Villa semestinya bertambah manis.

No comments:

Post a Comment