30 July 2010

Gelombang Panas

Salam,

Hari ini Khamis 22 Julai 2010 Moscow Russia - gelombang panas mencapai tahap kepanasan tertinggi iaitu 37.8 - 40 darjah celcius mengikut kawasan.
Ini merupakan rekod kepanasan yang baru di Russia.Pada hari Isnin yang lalu tahap kepanasan di Moscow mencapai 37.4 mengatasi rekod tahun 1920. Keadaan panas ini diburukkan lagi dengan pembakaran kawasan pertanian dan juga kebakaran dihutan-hutan disekitar Russia.
Asap yang tebal menyelubungi Moscow sejak 5 hari yang lepas.
Kebakaran yang berlaku di hutan-hutan kecil wilayah tengah Russia telah mengorbankan 20 nyawa setakat hari ini dan melibatkan 500 buah rumah yang musnah.

Asap daripada pembakaran tanah pertanian dan hutan-hutan yang terbakar


Mentari Merah Marah

Keadaan gelombang panas ini memberi kesan yang amat teruk kepada sektor pertanian dan juga penduduk yang bergantung kepada hasil tani semata-mata. Kebiasaannya Russia mengalami musim panas yang lembab. Akibat kepanasan yang melampau Russia mengalami musim kemarau yang paling teruk dalam dekad ini . Darurat telah diumumkan di 23 wilayah dan harga bijirin dijangka naik dalam waktu terdekat ini. Russia yang merupakan negara pengeksport gandum ketiga terbesar dunia terpaksa mengurangkan eksportnya kepada 70 peratus dengan pengurangan 21 peratus dari tahun sebelumnya.

Iktibarnya: Dugaan Allah Taala ada dimana-mana dan bila-bila masa serta datang dalam pelbagai bentuk. Oleh itu bersedialah menghadapi apa saja ujian yang menimpa kita dengan iman dan taqwa.Disamping itu jangan kita lalai daripada memohon agar Allah Taala menjauhkan kita daripada segala bala bencana walaupun dimana kita berada.
Amin.

No comments:

Post a Comment