30 July 2010

Gelombang Panas

Salam,

Hari ini Khamis 22 Julai 2010 Moscow Russia - gelombang panas mencapai tahap kepanasan tertinggi iaitu 37.8 - 40 darjah celcius mengikut kawasan.
Ini merupakan rekod kepanasan yang baru di Russia.Pada hari Isnin yang lalu tahap kepanasan di Moscow mencapai 37.4 mengatasi rekod tahun 1920. Keadaan panas ini diburukkan lagi dengan pembakaran kawasan pertanian dan juga kebakaran dihutan-hutan disekitar Russia.
Asap yang tebal menyelubungi Moscow sejak 5 hari yang lepas.
Kebakaran yang berlaku di hutan-hutan kecil wilayah tengah Russia telah mengorbankan 20 nyawa setakat hari ini dan melibatkan 500 buah rumah yang musnah.

Asap daripada pembakaran tanah pertanian dan hutan-hutan yang terbakar


Mentari Merah Marah

Keadaan gelombang panas ini memberi kesan yang amat teruk kepada sektor pertanian dan juga penduduk yang bergantung kepada hasil tani semata-mata. Kebiasaannya Russia mengalami musim panas yang lembab. Akibat kepanasan yang melampau Russia mengalami musim kemarau yang paling teruk dalam dekad ini . Darurat telah diumumkan di 23 wilayah dan harga bijirin dijangka naik dalam waktu terdekat ini. Russia yang merupakan negara pengeksport gandum ketiga terbesar dunia terpaksa mengurangkan eksportnya kepada 70 peratus dengan pengurangan 21 peratus dari tahun sebelumnya.

Iktibarnya: Dugaan Allah Taala ada dimana-mana dan bila-bila masa serta datang dalam pelbagai bentuk. Oleh itu bersedialah menghadapi apa saja ujian yang menimpa kita dengan iman dan taqwa.Disamping itu jangan kita lalai daripada memohon agar Allah Taala menjauhkan kita daripada segala bala bencana walaupun dimana kita berada.
Amin.

28 July 2010

25 July 2010

Shasha 3

Salam,

Shasha dah jadi buah hati semua orang kat rumah ni. Dia dah jadi raja, buat perangai sesuka hati.


atas meja tempat kesukaan Shasha, tak reti basee kena marah, nak jugak duduk atas meja
bila dialihkan kebawah, cepat-cepat duduk dalam bakul suratkhabar, buat muka seposen

bila kita tak nampak, dia dah duduk dalam bekas buah, mesti nak duduk tempat tinggi2
bila nampak ni nak marah pun tak jadi, jadi geli hatilah pulak,

tup2 dah tido atas meja..bila time ni semua orang tak sampai hati nak alih Shasha, pandai Shasha ambil hati sume orang dengan aksi2 camni.

Shasha 2


Dimana ada orang disitu ada DIA

Sofabed Shasha, pokok lada

Sofabed baru, pokok pandan

Buat seposen bila kena marah

23 July 2010

Makan-makan

Salam,

Sejak dua bulan kebelakangan program makan-makan semakin menjadi-jadi. Macam-macam menu yang keluar.


Berkumpul untuk menengok bola piala dunia pun, makanan melimpah-ruah, ada BBQ ayam,kambing dan daging, nasi dan segala macam jenis lauk pauk, sayur mayur.
Bermula dengan perjumpaan bulanan berlarutan hingga kerestauren. Agendanya makan dan makan dan kebiasaaanya makanan lebih banyak daripada ahli yang berkumpul.


Memang susah nak pisahkan acara makan-makan ni daripada orang-orang Malaysia, tak kiralah orang Melayu ke, Cina atau India. Sudah menjadi sebati dengan budaya Malaysia makan-makan. Paling kelakar apabila mengahadiri majlis anjuran negara-negara Eropah , balik mesti merungut tidak ada makanan, yang ada makanan ringan dan salad-salad.




Tidak puas dengan restoren ala-ala timur tengah yang menunya nasi pilaf, kebab, roti arab dan segala jenis salad, pergi pulak ke restoren Jepun. Makan dan makan.Berat badan naik dah tidak boleh dikawal. Macam mana nak kurus ni???

21 July 2010

Chef



Salam,

Dua orang chef Malaysia telah diterbangkan khas oleh Pejabat Pelancongan Malaysia di Moscow dengan kerjasama Swiss hotel untuk menjayakan Minggu Makanan Malaysia di restoran Swisscafe di hotel tersebut.
Mengambil kesempatan kehadiran Chef Zek dan Chef Rosdi, Perwakilan menjemput mereka mengadakan demo masakan di kedutaan. Dismping itu beberapa orang wartawan daripada beberapa buah syarikat penerbitan majalah dan jurugambar turut dijemput.

Pada hari tersebut telah chef menunjukkan cara memasak Ayam Percik, Acar dan Sago Bersantan.
Pihak Perwakilan pula telah menyediakan makanan untuk makan tengahari secara potluck. Antara menu yang disediakan oleh Perwakilan ialah Nasi Tomato, dalca kambing, ikan masam manis, ayam bakar, sayur campur, ulam-ulaman ,daging masak kicap , mee hoon goreng, kuih bakar dan kuih talam.

20 July 2010

Gelombang Panas


Salam,

Musim panas tahun ini Russia mengalami gelombang panas yang keterlaluan. Megikut rekod Jabatan Kajicuaca kepanansan musimm panas kali ini memecahkan rekod kepanasan tertinggi pada tahun 1951 iaitu 33.7 darjah celcius. Sehingga minggu lepas kepanasan mencecah 38 darjah celcius.
Dianggarkan 10 juta hektar ladang tanaman musnah di seluruh Russia dan kerajaan telah mengumumkan darurat bencana alam di 17 wilayah.Cuaca panas yang bermula pada akhir Jun dijangka berterusan sepanjang bulan Julai. Keadaan cuaca panas dan kering ini mengakibatkan kerugian USD 1 billion bagi sektor pertanian.
Kerugian bukan sahaja ditanggung oleh ladang-ladang milik kerajaan tetapi petani-petani perseorangan.

Memandangkan cuaca panas yang berterusan petani terpaksa menuai hasil bijirin lebih awal yang mengakibatkan mutu kualiti yang rendah.
Sehingga Khamis lepas dianggarkan 9.6 juta hektar tanaman musnah dan jika di satukan semua kawasan pertanian yang musnah hampir meyamai keluasan negara Hungary.

Pengajarannya kita sebagai hamba Allah yang lemah hendaklah sentiasa bersedia menghadapi ujian-ujian yang diturunkan, moga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman dan bersyukur dalam semua keadaan.