26 December 2008

Perpisahan


Matahari Terbenam di Sigtuna Sweden
Salam,

Pada 22 Disember yang lepas diadakan majlis perpisahan untuk saya. Peliknya saya tidak merasa sedih. Sedikit pun tiada. Padahal saya memang berat hati hendak meninggalkan Stockholm. Sejak akhir-akhir ini, dalam meniti usia dewasa, banyak perkara yang saya keliru dan susah untuk menafsir hati sendiri.

Ini tanda-tanda pre-menapouse ke?

17 December 2008

Orang Melayu, Orang Asia

Salam,

Soalan-soalan yang sering ditanya kepada aku:
1. Kerja apa?
2. Diploma @ ijazah?
3. Anak berapa?
4. Dah berapa tahun kahwin?
5. Mana satu suami?
6. Suami sebagai apa?
7. Apa pekerjaan suami?
8. Dimana jumpa suami?

Semua soalan-soalan diatas memang cuak saya nak menjawabnya, lebih-lebih lagi orang yang baru pertama kali ditemui dalam majlis-majlis formal @ semi-formal.
Bila saya fikir-fikirkan semula soalan-soalan diatas selalu ditanya oleh orang Melayu dan selebihnya orang Asia yang saya jumpa.

Agaknya kenapa orang2 kita ini suka tanya perkara-perkara peribadi ya??

Dibawah ini saya copy n paste tulisan seorang rakan siber Asia yang perasan perkara yang sama berlaku dimana-mana di Asia.

"I am sorry, but honestly I am not living in the very traditional Asian world where people abruptly ask about our religion, family, age, etc., I like asking about weather. My family used to respect others who were religious.
I have many friends whom I feel very close but I even do not know their age or if they are married. It is not my business and I even am not concerned about such matters. I would rather talking about music, society, politics, etc. with my friends and colleagues.I normally communicate in English ".


Betul ke orang Melayu macam tu?

12 December 2008

Cuti tahunan sektor awam dikurang 5 hari

Bagus juga cuti dikurangkan kerana Malaysia mewah sangat dengan cuti-cuti umum.
Emmm....jangan nanti pasal cuti dikurangkan buat demo pulak ya!

"Pelajar kita malas"

Berita ini elok dibaca oleh pentadbir,ibubapa, guru-guru dan sesiapa sahaja yang merasakan dirinya terlibat dalam menentukan hala tuju generasi akan datang.
Pada saya ini isu lapok, jangan salahkan pelajar kerana mereka mengikut acuan yang telah kita bentuk. Ini isu negara bukan isu peribadi. Ramai yang nampak kesilapan berlaku tetapi lebih ramai yang suka menunding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Politik????

"Pelajar kita malas"

DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini mendedahkan bahawa pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi kini lemah minda bukan kerana berpolitik tetapi kerana malas belajar. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, pelajar di universiti bukan sahaja tidak membaca buku dan hanya bergantung kepada nota dari pensyarah, malah malas untuk membuat rujukan dan malas pula membaca buku dalam bahasa Inggeris.
"Ini kerana susah, pening kepala. Pergi periksa hanya berdasarkan nota pensyarah, tutorial. Ke mana ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat pelajar kita?" katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Univeriti 2008 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, masyarakat negara ini perlu menukar sikap daripada hanya menjadi pengguna kepada menjadi pengeluar.
Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) semasa meminta penjelasan berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Tajuddin yang menyatakan pelajar malas seolah-olah merendahkan taraf mereka dan sama ada pelajar di luar negara lebih tinggi tarafnya sehinggakan mereka boleh menyertai Kelab Umno.
Tajuddin berkata, beliau sebagai orang tua hanya memberi nasihat dan sekiranya masyarakat pelajar perlu ditegur mereka perlu ditegur dan bukan mempunyai niat tidak baik.
"Ramai yang saya temu duga, walaupun dengan memiliki ijazah sarjana mereka kurang pengetahuan am kerana mereka kurang membaca. Perkara yang perlu diperbaiki perlu diperbaiki," katanya.
Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata pindaan AUKU pula akan dapat memperbaiki tadbir urus universiti dan pendidikan tinggi secara holistik.
Beliau berkata, kerajaan juga tidak seharusnya memadamkan api idealisme dalam tempoh singkat pelajar di universiti kerana pada masa itu berlaku lambakan idea dan maklumat yang membawa kepada ledakan fikiran dan ideaidea baru.
Ahmad juga mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi membuat kajian ilmiah sama ada benar pelajar yang terbabit dengan politik mempunyai pencapaian akademik merosot.
Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata AUKU mengakibatkan satu ketakutan psikologi yang cukup besar kesannya.
"Mereka ada budaya 3M iaitu menyalin nota, menghafal nota dan muntah balik nota (semasa peperiksaan) dan tak ada perkara lain," katanya.
Beliau berkata membuat pindaan sahaja tidak mencukupi tetapi, sebaliknya AUKU perlu dimansuhkan terus dan diganti dengan Akta Urus Tadbir Universiti (AUTU) yang dikemukakan sebagai akta baru.
Khairy Jamaluddin (BNR-embau) pula memetik kata-kata penulis Amerika terkenal Mark Twain "Janganlah pembelajaran meng-hadkan pendidikan."
Beliau juga mencadangkan supaya saingan sihat dalam politik diadakan di kampus yang mana pada masa ini memang sudah wujud, cuma secara tidak rasmi dengan nama proaspirasi kerajaan dan proaspirasi mahasiswa.
"Kita (kerajaan) tak takut nak bersaing dengan pembangkang di kampus.
"Biar kita bersaing dan biarkan siapa yang mereka nak pangkah. Mereka (mahasiswa) bukan sahaja sebagai pelajar tetapi juga sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Katanya, pelajar juga perlu diberi kebebasan untuk menjana ideaidea baru. BERNAMA

Masa

Salam,

Pantasnya masa berlalu. Semakin hampir kepenghujung Disember semakin sedih rasa hati.
Jemputan untuk jamuan perpisahan telah banyak kami terima. Bertambah sedih rasa hati.
Setiap kali berkumpul dan berjumpa kawan-kawan soalan yang sama aku terima" dah mula kemas? Dah kemas dah? dah beli cenderahati? dah beli kristal? Jawaban aku sama aje setiap kali ditanya . " belum usik apa2 pun".
Kami akan buat bacaan yasin, tahlil dan doa selamat pada 20 Disember. Semoga penghijrahan kami ketempat baru mendapat keberkatan Allah SWT.

01 December 2008

Icebar di Nordic Sea Hotel


Gelas ice

rupa gelas ice yang dah kosong

lampu kristal ice

singahsana ice

Salam,

Salah satu keisitimewaan Sweden pada musim sejuk ialah Ice Hotel. Sayangnya Ice Hotel ini terletak nun jauh ke utara Sweden. Jaraknya dengan Stockholm lebih kurang 1000km. Memang terasa ralat tidak sampai kesana, tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Oleh itu bagi sesiapa yang teringin merasai kesejukan dan melihat keunikan Ice Hotel boleh pergi ke Icebar.

27 November 2008

Cuaca

Salam,

Cuaca di Stockholm ini tidak menentu. Sepanjang minggu lepas salji turun setiap hari. Suhu jatuh sehingga 8 darjah bawah paras beku. Ditambah pula dengan ribut dan angin kuat, sejuk hingga ketulang sum-sum.

Keadaan ini berterusan sehingga hari Rabu tetapi pada hari Khamis suhu naik mendadak kepada 7 darjah c. Salji yang memutih cair dan meresap kedalam tanah. Suasana putih bersih beberapa hari yang lepas bertukar semula kepada muram dan kelam. Beginilah keadaan cuaca pada musim sejuk disini.
Sepanjang minggu depan pula dijangka hujan, angin kuat dan salji.

Diharapkan kami sempat mengunjungi ski resort pada tahun ini dan merasai White Christmas sebelum meninggalkan Stockholm.

26 November 2008

Ikhlas



Salam,

Walaupun luka dihati masih terasa tetapi aku pujuk hati sendiri berkali-kali, jangan berdendam, buang jauh2 rasa benci dan sakit hati.
Akhirnya berkat niat yang baik, Allah tunjukan bukti bahawa tindakan yang aku ambil itu adalah tindakan yang betul.
Pada hari Jumaat yang lepas, seawal 6.30 pagi, ketika aku sibuk menyediakan sarapan untuk anak2 dan suami, aku menerima sms. Pengirim sms ni tak lain dan tak bukan kawan yang memarahi aku seperti orang hilang akal tempoh hari.
Isinya panjang, memohon maaf atas segala keterlanjuran kata-katanya, menyedari kesalahannya, menuduh tanpa bertanya dan tidak memberi peluang untuk aku bercakap.

Aku memaafkannya, melalui sms juga. Jika dia tidak meminta pun aku memang dah memaafkannya.

tetapi sebagai manusia biasa..hati aku masih berkata-kata..kenapa didalam dunia ni ada manusia yang sanggup berkelakuan begitu...ya! Kita boleh memaafkan tetapi tidak mungkin melupakan.

24 November 2008

Hati Manusia

Kali ni aku saja nak kongsi satu cerita. Aku kira cerita ni berguna untuk dikongsi bersama. Disamping aku dapat melepaskan rasa yang terbuku dihati boleh juga dijadikan iktibar kepada sesiapa yang membaca kisah ni.

Minggu lepas aku mengalami trauma yang teramat berat dengan seseorang yang aku dah anggap seperti adik beradik melepaskan rasa marah yang tidak terkawal. Hampir 3 tahun saling mengenali hati budi masing-masing aku menyangka tiada apa yang perlu dirahsia . Segala percakapan aku itulah yang tersimpan dihati aku .Tiada maksud kedua, ketiga atau selainnya. Aku ikhlas segala-gala. Rupa-rupanya manusia ni rambut sama hitam tapi hati didalam hanya Allah yang tau.

Tiba-tiba aku diherdik seperti orang histeria, luruh rasa jantung aku dan terpinga-pinga tak terkata apa. Apa yang aku fikir waktu tu, apa salah aku? Lebih-lebih lagi apa yang aku cakap tiada kaitan langsung dengan orang lain. Itu hal peribadi aku semata2. Apa keputusan yang aku buat tidak menyangkut hal orang lain tetapi kenapa ada orang marah macam orang gila. Paling hairan dan ajaib bila aku tiba-tiba dituduh pentingkan diri sendiri. Aku dituduh begitu semata-mata aku membuat keputusan untuk diri aku sendiri tanpa memberitahu dia terlebih dahulu.

Berpanjangan dari itu maka terbongkarlah cerita rupa-rupa kawan yang aku anggap seperti adik beradik ni dah lama menyimpan rasa tidak puas hati dengan aku. Dah lama rupanya bengkak hati dia melihat aku. Bila aku congak2 kembali apalah salah aku, apa aku dah buat pada dia, aku tak dapat pastikan apa . Adalah yang ingin menjadi orang tengah untuk mendamaikan aku dengan kawan ni. Aku cakap kepada sipendamai ni tak payahlah sebab aku tak ada apa-apa isu dengan sidia, bagi aku bila berjumpa nanti aku tetap seperti aku.Aku akan tegur,salam dan berpelukan seperti biasa. Jika dia menolak tidak mengapa.

Memang hati didalam teramatlah luka tetapi aku ingatkan diri sendiri apalah guna untuk bermasam muka, tidak bertegur sapa kerana hidup diperantauan ini, kawan-kawan sekeliling yang menjadi adik beradik dan saudara mara. Jika orang lain tidak suka tidak mengapa. Jadilah diri kita sendiri, buatlah sesuatu dengan ikhlas.Aku tidak akan menjadikan kedudukan suami sebagai tiket untuk aku merasa lebih daripada orang lain. Mulai hari ini aku mengingatkan diri sendiri buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-sekali. Silaturahim adalah rezeki, barang siapa yang memutuskannya bererti putuslah satu pintu rezeki. Beresmilah seperti padi semakin berisi semakin tunduk.
Jika hati kita baik, kita tidak akan berjumpa dengan orang yang jahat.

Aku panjatkan doa kepadaNya Moga Allah S.W.T memberkati dan melindungi kami sekeluarga dalam menempuh hidup diperantauan berkhidmat untuk negara dan mencari rezeki yang halal. Amin.

18 November 2008

Rumah Terbengkalai

Rumah terbengkalai ni isu sensitif sebenarnya. Sangat-sangat sensitif. Kenapa dalam dunia ini ada orang sanggup tipu orang.Khabarnya beberapa orang pembeli dah pun meninggal dunia. Perumahan tu dah hampir 80 peratus siap. Habis kat mana silapnya??

14 November 2008

Al-Kisahnya

Tak taulah macam mana boleh timbul kes ni..bila difikir2kan semula rupa-rupanya dah lama perkara ni..oooo begitu ke?

" muka masam macam kau tu, semua orang takut" - zaman sekolah rendah

" eiii..tak sangka kita jadi kawan, aku ingat kau ni sombong, muka asyik masam aje" - zaman sekolah menengah

" Aku tengok kau ni jalan laju sorang2, muka serius aje, kau ni pegi dating dengan sape?"- zaman universiti

" laaa..aku mati2 ingat kau ni sombong, aku tengok serius semacam. heheeh..kalau tak dok serumah sampai bila2 aku ingat kau ni sombong" - zaman kursus

" aku suka kau cakap camtu kat Ms R*****a ,selama ni tak dak org kenakan dia,kau tau dia tak berani jawab bila kau cakap macam tu, ni mesti sebab muka kau yang serius tu!" - zaman kerja

" Hei pengantin senyumlah sikit, jangan masam aje"- duk tengok orang silat pulut takkan nak tersengih2 pulak!! - waktu bersanding

" Engkau tu bila pegi tempat baru senyumlah sikit, jangan masam aje, nanti orang ingat kau tu sombong" -zaman jadi isteri VIP

" Hello! ya Abang! Amboi! garangnya cakap dengan suami".-

Sombong ke aku ni??Sebenarnya masam dan sombong memang dah sinonim dengan aku. Agaknya sebab itulah aku ditakdirkan jadi isteri VIP ni..hehhehe..hakikatnya orang sebelah aku aje yang tau siapa aku ni..agaknyalah!

Pindah Rumah Pindah Negara

Sebaknya hati apabila En Suami memberitahu yang kami akan berpindah. Bukan saja pindah rumah tetapi pindah negara. Berat hati hendak meninggalkan Stockholm tapi apakan daya..Kami akan merindui segala-galanya disini.
Apa yang pasti, 9 Januari 2009 akan tiba dan kami terpaksa berangkat meninggalkan bumi Sweden , pada tarikh yang sama, kami memijak bumi Sweden buat pertama kali tiga tahun yang lalu.

Sebagai hamba kita hanya merancang Allah yang menentukan segala-galanya. Kita mesti yakin segala-gala yang telah ditetapkan oleh NYA adalah yang terbaik buat kita.

Toppbrinken 22 Rumah Sementara kami selama 2 tahun 6 bulan




back yard kami...



apple dan plum kami..

23 October 2008

Melihat Diri

Lama dulu, sejak lama dulu, suku abad yang telah berlalu,menghampiri setengah abad, aku cuba melihat diri.Bukan mencuba tapi sering aku lakukan dan itulah yang aku lakukan, dalam sedar, dalam angan, dalam diam, dalam riuh, dimana-mana.

Terasa amat jenuh, penat dan lesu. Aku masih berkira-kira, mengagak-agak, masih keliru hingga tidak tahu punca yang mana perlu dipegang, perlu diikat, perlu dilepas, perlu ditambat. Meniti usia dewasa rupa-rupanya tidak semudah yang dijangka.Apakah manusia itu memang begitu? Itukah Sufi? Itukah Tarikat?

Asyiknya menoleh kebelakang sehingga terlupa dan alpa jalan dihadapan masih panjang. Secalit cahaya dihadapan teramat samar dan kadang-kadang hilang begitu sahaja.

13 September 2008

Ramadhan 2008



Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Tidak terlambat kiranya kami disini mengucapkan Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa kepada semua saudara mara dan rakan-rakan yang mengenali kami. Sama-sama kita berdoa agar puasa dan ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadhan tahun ini mendapat pahala yang berganda dan keberkatan yang berpanjangan. Moga kita dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.

14 June 2008

Betul ke ni??

Isu rumah terbengkalai ni memang sangat sensitif bagi saya. Salah satu projek perumahan yang ditulis didalam artikel dibawah, saya salah seorang pembeli yang malang itu. Bayangkan saya terpaksa membayar RM970.00 setiap bulan tetapi rumah tidak dapat diduduki. Aduan demi aduan dibuat tetapi tindakan tidak diambil. Janji hanya tinggal janji. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu??

Kementerian akan rendahkan faedah pembeli rumah terbengkalai
14-06-2008 08:36:18 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank agar kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli rumah yang projeknya terbengkalai dapat dikurangkan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hamzah Zainudin berkata langkah itu bagi mengurangkan beban pembeli rumah yang terpaksa menanggung pembayaran walaupun projek perumahan itu masih tergendala.
"Saya akan bincang dengan bank dan saya percaya interest yang dikenakan dapat dikurang atau diberi penjadualan semula pembayaran," katanya kepada pemberita selepas melawat lima tapak projek perumahan yang dimajukan Talam Coperation Berhad yang terbengkalai sejak tahun 2003 di sekitar Puchong dan Seri Kembangan.
Lima projek itu ialah Taman Lestari Perdana, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Permai, Saujana Puchong dan Saujana Putra.
Hamzah turut mengingatkan semua pemaju perumahan agar tidak membuat sesuatu yang boleh merugikan pembeli seperti projek perumahan yang tidak dapat diteruskan ataupun menaikkan harga rumah. "Kalau didapati, mereka (pemaju) ini akan di blacklist (senarai hitam) dan diambil tindakan," katanya.
Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai.
Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai.
"Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya.
Beliau berkata hanya satu peratus atau 50,000 unit rumah terbengkalai di seluruh negara setakat ini manakala 270 projek perumahan tergendala dan hanya 141 projek dapat digerakkan semula.
"Semua projek perumahan yang terbengkalai akan dibaik pulih semula dan yang penting, kita (kementerian) harap pembeli akan mendapat rumah mereka secepat mungkin," katanya. BERNAMA

18 March 2008

Senarai Kabinet Baru PRU12 2008

Senarai penuh Kabinet baru
18-03-2008 01:26:06 PM

PUTRAJAYA: Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:
Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek
KEMENTERIAN DALAM NEGERI Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail
KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad
KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh
BERNAMA

11 February 2008

Perubahan?

Memartabatkan sektor pendidikan
11-02-2008 10:40:22 AM

KUALA LUMPUR: Modal insan dan sektor pendidikan amat rapat pertaliannya.Jika modal insan yang berkualiti disifatkan sebagai elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional, pendidikan pula merupakan suatu sektor penting dalam agenda pembinaan negara bangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat berhasrat untuk melihat aspek pendidikan diberikan nafas baru secara holistik.
Ini kerana pembangunan modal insan juga bertitik tolak daripada pelaksanaan sistem pendidikan yang terancang rapi.

Beliau telah menekankan usaha untuk memperkasa sistem pendidikan negara dengan membuat beberapa perubahan besar memandangkan pendidikan adalah tonggak utama pelaksanaan modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Menjelang tahun 2010 Kerajaan menyasarkan negara akan mempunyai nisbah 50 penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja.
Ini bermakna Malaysia akan mempunyai sejumlah penyelidik setaraf dengan negara-negara yang diiktiraf sebagai negara maju.

PIPPMelalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dimulakan pelaksanaannya pada 2006 dan akan berakhir pada 2010, ia akan dijadikan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun untuk membangunkan sekolah kebangsaan sebagai aliran perdana.
Manakala sekolah-sekolah aliran lain pula tidak akan dipinggirkan.
Bagi menjana pendidikan berkualiti untuk semua, Kementerian Pelajaran diarah oleh Perdana Menteri untuk mengenal pasti pendekatan baru bagi mencapai objektif yang dihasratkan.
Justeru, pendekatan baru telah dilakukan untuk memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama sekali gus menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Pendekatan lain turut dilakukan untuk memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang, supaya terus mampu mengekalkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi.
Demi merancakkan lagi usaha membangunkan modal insan dalam tempoh yang panjang, pelbagai langkah telah dirancang.

STRATEGISebanyak lapan strategi dikenal pasti untuk mengukuhkan pendidikan negara dalam tempoh lima tahun sepanjang pelaksanaan RMK9. Strategistrategi itu ialah:

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan yang bertujuan melahirkan rakyat yang berfikiran glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa sejak dari peringkat awal persekolahan.
Hasrat ini akan dilaksanakan melalui kaedah;
* memperkasakan bahasa Melaya,
* meningkatkan disiplin pelajar,
* menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
* menggiatkan kokurikulum dalam sukan.

2. Memberi tumpuan kepada aspek nilai, disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompetens dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan di pasaran kerjaya.

3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan dengan adanya guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan berdasarkan keperluan.

4. Berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya di luar bandar, Sabah dan Sarawak; selain memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, kumpulan pelajar yang memerlukan keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.

5. Memartabatkan profesion perguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi akan datang.

6. Menaikkan taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.

7. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidangbidang khusus yang lain.

8. Sekolah terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

PROGRAM LONJAKAN PERDANA
Usaha juga sedang dilakukan untuk menterjemahkan pelaksanaan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar bagi meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalam usaha mengurangkan keciciran di kalangan pelajar desa serta memartabatkan perkhidmatan perguruan luar bandar.
Untuk itu beberapa langkah telah diambil; antaranya:
* Membina 2,400 bilik untuk manfaat 61,000 kanak-kanak
* Menyediakan latihan kepada guru pra sekolah
* Memperbaiki kemudahan asas seperti elektrik 24 jam untuk 900 buah sekolah* Bekalan air bersih kepada 1,500 sekolah
* Menyediakan kemudahan komputer
* Membina asrama baru atau menambah asrama untuk 280,000 pelajar
* Menyediakan kelengkapan web tv
* Sistem komunikasi telefon satelit dan fax tanpa talian

Bagi memperkasa pendidikan, Perdana Menteri amat komited untuk melihat kejayaan mengimbangi jurang ketara yang terdapat selama ini di sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.
Hasrat beliau untuk melihat mutu pembelajaran dengan pelbagai kemudahan yang seimbang antara bandar dan luar bandar akan mempertingkatkan martabat sekolah-sekolah di desa dan sekolah ini akan terus diperkasakan.
Biarpun perbelanjaan yang telah dan akan dikeluarkan terlalu besar, namun bidang pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri demi kepentingan rakyat keseluruhannya. BERNAMA

16 January 2008

Sah! gempa di Pahang

Gempa: Penduduk Bukit Tinggi dicengkam ketakutan16-01-2008 11:00:21 AM
Oleh ZURIATI ZULMI

BENTONG: Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan masih menanti jawapan yang lebih terperinci berkaitan kejadian gempa bumi kecil yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Pahang sejak November tahun lepas.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Janda Baik, Mejar (B) Husin Nordin berkata sekumpulan pegawai daripada beberapa agensi berkaitan telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk pagi Selasa, bagaimanapun penerangan yang diberikan begitu ringkas.
Malahan, beliau berkata pegawai berkenaan seolah-olah tidak mengambil berat tentang kebimbangan dan trauma yang dialami penduduk yang tidak pernah mengalami fenomena gegaran sejak mereka tinggal di kawasan terbabit.
"Saya sendiri sudah 14 tahun tinggal di kampung ini dan ini adalah kali pertama saya merasinya. Berlaku gegaran susulan boleh dikatakan setiap hari. Memang gegaran itu kecil, retak yang berlaku juga kecil...tapi kalau selalu terjadi gegaran, retak yang kecil lama-lama boleh menjadi semakin besar," katanya.
Mengimbas kembali kejadian pertama pada 30 Nov lepas, beliau berkata ketika itu beliau sedang membaca akhabar sebelum mendengar satu dentuman kuat yang disusuli dengan gegaran kecil.
Beliau berkata disebabkan penerangan yang sambil lewa itu penduduk merungut dan akhirnya meninggalkan sesi taklimat.
Husin yang turut tidak berpuas hati dengan sesi taklimat itu bagaimanapun masih berharap selepas siasatan yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan, mereka akan memberi jawapan yang lebih terperinci.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi, Nordin Mohamed berkata sejak berlaku gegaran kecil itu, beliau telah memaklumkan kepada pelajar dan guru supaya sentiasa bersedia sekiranya berlaku kejadian gegaran yang lebih besar.
Katanya inisiatif telah diambil untuk mengadakan latihan kecemasan kepada pelajar dan guru bagi mengelakkan rasa panik sekiranya berlaku lagi gegearan.
Beliau berkata gegaran telah menyebabkan dinding makmal sekolah retak dan pecah.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Meteorologi, Alwi Bahari berkata empat lokasi yang dikenal pasti mengalami gegaran dan kerosakan teruk termasuk di Kampung Chemperoh, Kampung Bukit Tinggi, Kampung Janda Baik dan SMK Janda Baik.
Pegawai Kajibumi Jabatan Mineral dan Geosains, Mohd Badzran Mat Taib berkata setakat ini gegaran kecil yang dialami oleh penduduk di Bukit Tinggi berkemungkinan disebabkan tekanan struktur tanah di garisan sesar di kawasan itu.
Sesar adalah celah pada kerak bumi yang berada di perbatasan antara dua lempeng tektonik. Gempa dipengaruhi oleh pergerakan batuan dan lempeng pada sesar.
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh jabatannya tahun lepas, sesar itu ditafsirkan sebagai tidak aktif dan tidak ada kejadian gempa sehinggalah gegaran pertama dilaporkan November lepas.
"Kita masih dalam peringkat kajian. Jawapan kepada punca ini tidak mungkin diketahui dalam masa yang cepat kerana perlu penelitian rapi supaya tidak berlaku kesilapan kepada apa saja maklumat yang akan diberikan kepada masyarakat," katanya.
Mengulas kemungkinan gempa kecil itu mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi di kawasan Sumatera, beliau berkata andaian itu sekadar hipotesis kerana Malaysia memang terletak di dalam lingkungan lautan Sumatera dan Lautan Hindi di mana kawasan di sekitarnya sering mengalami kejadian gempa bumi.
Gegaran pertama berlaku di kawasan Bukit Tinggi pada 30 Nov berukuran 3.5 pada skala Richter pada 10.15 pagi dan 8.47 malam, disusuli gegaran kedua pada 4 Dis berukuran 3.0 pada 6.12 petang dan diikuti pada 5, 6, 9, 12 dan 13 Dis lepas.
Pada hari Ahad satu gempa bumi kecil direkodkan berukuran 2.5 pada pukul 10.24 pagi dan semalam satu lagi gegaran direkodkan berukuran 3.1 sekitar 11.45 malam. BERNAMA

08 January 2008

Fivefold increase in kidney patients over a decade
07-01-2008 06:53:17 PM

KUALA LUMPUR: The number of kidney patients undergoing dialysis in Malaysia has increased five fold over the past decade, Health Director-General Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said today.
He said as at 2006, there were about 14,647 kidney patients undergoing dialysis compared to only 2,922 patients a decade ago.
"Currently there are about 118 new cases of kidney failure or endstage kidney disease per million population per year. This means that for the Malaysian population of 26 million, there are about 3,000 new cases a year," he said when launching the National Kidney Foundation (NKF) Mobile Health Screening Unit, here today.
Dr Mohd Ismail said 57 per cent of new dialysis patients were found to be diabetic while another six per cent developed endstage kidney failure due to hypertension."Unfortunately there is an increasing trend of diabetes and hypertension as a cause of kidney failure," he said, adding that this was extremely worrying as these were lifestyle diseases that could be controlled or even prevented.
Earlier, the Chairman of the NKF Management Board, Dr S.S. Gill said the mobile clinic was in the form of a bus that could accommodate 40 people offering medical checks for a fee of only RM2.
He said the checks were aimed at detecting diseases suffered at the early stage, especially kidney problems so that immediate measures could be taken to treat them.Initially, the mobile clinic would provide services to the public within the Klang Valley before expanding to other areas, he said. BERNAMA